Saturday, November 19, 2011

Majlis Akad Nikah Suria & Fahmi







Pada tanggal 18 Nov 2011, Suria Md Isa telah diijabkabulkan dengan Fahmi di Masjid Kg Empa, Wang Tepus dalam satu majlis yang serba ringkas.


Wednesday, September 14, 2011

Family Gathering Venice of Perak

Date:



Berseida untuk acara sukaneka











Acara sukaneka di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak




Bergambar di Bangunan Pentadbiran TNB Janamanjung. Lawatan Stsen janakuasa Pembakaran Arangbatu




Pertadingan Bowling keluarga di Armada Bowling, Kem Navvy Lumut.












Banana Boat Ride di Pantai Teluk Batik...Mak Teh & Pak Su jadi kanak-kanak tertua dalam ekspedisi.







Pertukaran hadiah.











Tuesday, September 6, 2011

Genap Setahun Abah/Wan Meninggalkan Kami


Hari ini 6 September 2011, genap setahun Abah meninggalkan kami. Seorang Wira yang telah membesarkan kami 8 adik beradik dengan penuh disiplin dan ketegasan diiringi dengan sifat keibuan, Jah Ismail yang amat penyayang. Othman Bin Sudin juga dikenali dengan nama Pak Njang Man, Man Sireh, Man Bomoh mahupun Man Kejit.

Gelaran Sireh dek kerana kegemarannya memakan sireh. Kepakaran beliau dalam mengubati perlbagai penyakit dan sedia membantu segenap lapisan masyarakat membawa gelaran Man Bomoh. Dalam pada itu, Man Kejit hanya dek kerana matanya yang sentiasa berkelip hampir tanpa henti...itulah sifat semulajadi dan keistimewaan Abah kami yang juga Wan kepada anak-anak kami.

Dalam ketampanan wajahnya yang sentiasa kemas dalam berpakaian, terutamannya sewaktu beruniform Polis Di Raja Malaysia, Othman Sudin PC26600 (LKPL 26600) memang terkenal dengan disiplin dan ketegasan. Namun, disebalik itu, terselit satu sifat berang dan pemarah yang telah berjaya menjadikan semua kami 8 adik beradik sentiasa memastikan setiap sesuatu dilaksanakan dengan tertib dan sempurna.


Md Isa, Jah, Che Yah & Othman - 1955
Abah terpaksa melalui saat yang kurang terusus sejak pemergian Mak yang kami cintai pada 8/7/2000. Perkahwinannya yang pertama selepas kematian Mak, tidak berpanjangan kerana calon isteri yang dikahwini terlalu jauh dari apa yang beliau harapkan. Tidak mungkin Abah akan dapat mencari pengganti seumpama Mak yang telah menjaganya dengan penuh ketaatan dan kesabaran serta membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.

Perkahwinan kedua abah juga sekadar mencari peneman untuk menjaga makan minum dan urusan seharian. Namun untuk menjadi penggantikan Mak tetap tidak kesampaian sama sekali. Tetapi, Abah tetap bertahan dengan isterinya yang ke-3 selama hampir 10 tahun sehingga ke akhir hayatnya.

Pada tanggal 27 Ramadhan 1431, abah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 11:00 pagi, Hari Isnin di Hospital Sulatanah Bahiyyah, Alor Setar di wad CCU. Pemergiannya dikelilingi sebahagian daripada anak dan cucu yang terpaksa menerima hakikat bahawa alat bantuan hayat yang membantu beliau bertahan selama 4 hari perlu dihentikan demi kasih sayang kami kepadanya. Itupun, selepas kami cuba untuk bertahan selama yang boleh seandainya beliau mampu menerima bantuan hayat berkenaan. Bersandarkan kepada nasihat doktor dan kami adik beradik, keputusan dibuat dengan hati yang amat sedih....Othman Bin Sudin terpaksa dilepaskan untuk kembali dengan tenang.

Saya dan sebahagain adik beradik berada disisi katil beliau sewaktu doktor menanggalkan peralatan bantuan hayat pada jam 10:45 pagi. Kami tanpa henti membaca Yasin dan saya berterusan membantu melafazkan kalimah syahadah di telinga arwah sambil memeluk tubuh yang telah tidak sedarkan diri selama 4 hari. Dengan perlahan dapat kami saksikan bagaimana tekanan darah beliau semakin menurun sehingga ke tahap tiada lagi bekalan darah dan oksigen yang dapat dibekalkan kepada tubuh yang kaku itu. Namun, aku pasti bahawa abah dapat mendengar ucapan kalimah syahadah yang dibisikkan di telingannya.

Selepas lebih kurang 15 minit, di saat akhir hayat beliau, kelihatan mukanya semakin pucat dan beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan aku di hapadan adik beradik kami yang menjadi saksi kepada pemergian seorang insan yang amat bermakna dalam hidup kami. Jam 11 pagi telah disahkan oleh doktor sebagai waktu pemergian abah/wan yang amat kami sayangi.

Al- Fatihah...........

Saturday, July 30, 2011

Kutacane Day 8 (30/7/2011)

Post 224 - 237

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 224... a fresh new day, setelah menginap semalam di Hotel Garuda Plaza, disitu rame juga pelancung dari Malaysia ..... mengikut kata Husin ia sangat popular di kalangan orang Malaysia....
Malam tu tak banyak sangat Pak Njang tidur, bersyukur atas apa yg telah Allah Taala takdirkan dan izinkan .... Alhamdullilah

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 225 ... Istana Maimoon, tempat bersemanyam Raja-raja Deli.... satu Kesultanan yg sangat besar dan kuat suatu masa dahulu .... Deli sekarang cuma satu Kabupaten dalam Provinsi Sumatera Utara ....

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 226 ... Istana Maimoon di Kota Medan dalam Kabupaten Deli ... Raja Deli sekarang berada Makasar, Pulau Sulawisi sebab ibundanya orang Bugis ..... Baginda cuma datang ke Istana Maimoon ini untuk upacara rasmi sahaja ....

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 227 ... Kami bergambar dihadapan Singgahsana Sultan Deli ..... sebahagian dari Istana ini dibuka untuk orang awam melawat dengan sedikit bayaran ..... ini adalah salah satu cara untuk kerabat (keluarga) mendapatkan sumber pendapatan untuk maintain Istana ini ... kalau kita di Malaysia, Kerajaaan yh maintain

Day 8, Sabtu (30/7/11) post 228 .... dapat perkenan untuk bertemu dan berbincang dengan Wakil Kerabat Sultan Deli yang tinggal di Istana Maimoon .... perbincangan banyak tertumpu kepada hubungan diplomatik dan kekerabatan yang ujud antara Kesultanan Deli dan kesultanan2 di Semenanjung Tanah Melayu pada suatu ketika dulu ....

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 229 .... di Istana Maimoon, Kota Medan..... Mak Njang sedang menerangkan kepada Tengku yg datuk perempuannya (mak Jada) di lahirkan di Istana ini, sebab masa itu bapak datuknya, Sheikh Muhammad adalah Ulama Diraja, di Istana Maimoon

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 230 ... ini gambar Sultan Deli .... semasa menjadi Sultan Muda Deli, baginda telah berkahwin dengan Hamidah bt Datuk Basitah .... setelah bercerai dengan baginda Sultan, Hamidah telah berkahwin pula dengan Datuk Md Isa, anak kepada Orang kaya Mat Hassan ... hasil perkahwinan tu dapat lah Sofiah .... kemudian sofiah berkahwin dengan Sheikh Muhammad (Ulama Diraja) ......hasil perkahwinan tu dapatlah Munirah ..... ia itu mak jada ..... datuk Kepada mak Njang


Day 8, sabtu (30/7/11) Post 231 ... bergambar bersama Wakil Kerabat Raja Deli di hadapan Singgahsana Sultan Deli .... satu penghotmatan dan kenangan yg sangat manis ...., terutamanya buat Mak Njang ...

Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 232 .... bergambar di hadapan Istana Maimoon di Kota Medan .... tempat bermulanya keturunan Mak Njang ....



Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 233 ... Sekitar Kota Medan .... satu bentuk seni dan satu budaya dalam membuat pengucapan ..... untuk hari jadi atau anniversary atau kongratulasi ..... menggunakan seni hiasan bunga yang sangat besar dan dipaparkan di pinggir jalan ....
Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 234 ... Ini adalah sebuah lori minyak, dia ada tayar... dan dia bawak minyak .... tapi kenapa ye dia ada disini?




Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 235 .....di sekitar kota Medan, sampai kat pancutan air ini ..... kena mandi sendiri .... sebab tu nama dia "MANDIRI" .....


Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 236 .... ini adalah di sekitar Bazar, tempat membeli belah cenderahati terutamanya kain baju .... di Kota medan ... Pak Njang cuma beli kain batik panjang, untuk buat kain ambin ....


Day 8, Sabtu (30/7/11) Post 237..... Bandara Polonia .... lapangan terbang di Medan .... akhirnya expidisi kami tamat ..... dan bersediai untuk pulang ke Malaysia .... tetapi SILA BERSEDIA UNTUK EXPDC KE 2 ......

Friday, July 29, 2011

Kutacane Day 7 - 29/7/2011

Post 149 - 223

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 149 .... esok paginya, sebelum sarapan pagi sempat interview cucu Wa Daud ... yg tinggal diantara rumah PakCik Ralidin dan rumah Tok Wa nab ...
Saad Othman Rumah dia besar dan cantik ... ialah dia kerja engineer
sah Othman Nama dia Sakdan anak Samin, cucu Wa Daud. Dia ni Engineer Machanical. kerja di Kutacane. kakak dia la yg meninggal masa Tsunami... dulu silap, mak ndak kata anak Wa Daud. Rupanya anak Samin yang jadi cikgu kat Banda Aceh telah hanyut masa Tsunami tu.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 150 ... Tok Wa Jenab, anak Tok Wan Ismail (nama Alas Basal) .... yg menjadi tali penghubung antara kita di Malaysia dgn saudara mara di Kutacane ..... yg banyak mendoakan supaya Pak Njang bertekad balik ke Tanoh Alas... terima kasih Wa.
Saad Othman Beberapa kali Pak Njang bercakap dengan Tok Wa melalui talipon ....setiap kali Tok Wa kata dia doakan supaya Pak Njang akan balik kesana
Habsah Othman di hari2 biasa Husin kata Wa agak uzur juga. Di mana2 dia akan terbaring je, kadang2 atas kerusi panjang. tapi seminggu kami di sana dia mmg nampak sihat dan ceria. Dia boleh duduk bersembang sampai hampir 2 jam lebih. Bila suruh pi tidor , dia kata tak mau, nak sembang sama2
Saad Othman percakapan nya lembut .... tapi ada ketegasan didalamnya .... pergerakkan kami pun dia monitor .... selalu berpesan, balik tu jangan lewat sangat
Habsah Othman dia juga selalu ingatkan kita.... "besah, dah sembahyang dah?"....tapi kita selalu jamak. Tapi dia tetap ingatkan jugak. Terasa sifat keibuan nya. ..malam2 sia suka tenung muka Mak Ndak, masa tengah tidor. Kadang2 terjaga , terkejut jugak. Dia macam teringat kat arwah Tok Jah kot.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 151 .... sarapan pagi, nasi dan banyak juga lauk semalam .... Pak Njang tak boleh makan banyak sebab malam tu dah makan 4 pinggan.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 152 ... pokok jerangau, sejenis pokok ubat, yg berangin, sebab ada banyak essential oil ... selalu digunakan dalam perubatan Traditional Melayu, terutamanya sebagai bahan minyak urut ... Pagi itu semasa dalam perjalanan ke Lawe Alas (Sungai Alas) yg terletak dibelakang rumah Pak Cik Ralidin kami temui banyak sekali pokok2 ubat .... maklumlah berjalan pula dengan Pak Cik Ahmad Din yg juga seorang bomoh ...
Saad Othman Sepanjang jalan dari rumah PakCik Ralidin hingga ke tebing Lawe Alas kami jumpa hampir 20 jenis pokok ubat
Habsah Othman Pak Njang dan Pak cik Ahmad dgn dunia mereka... excited habis. Jurukamera pulak geng yang sama. Depa punya menghayati pokok2 ubat tu, macam Mak Ndak excited pi shopping kat Jalan TAR di KL. nak pi sungai nyg cuma 50 meter, jadi 1/2 jam tak sampai2 lagi.
Saad Othman Untuk pokok 2 ubat tu Pak Njang akan buat posting yg berasingan ... banyak sangat, takut dia menggangu perjalanan cerita ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 153 .. Mak Ndak dan MakCik Sugiati ...berdiri di bahagia cetek Lawe Alas .... di belakangnya banjaran Gunung Leuser.
Saad Othman Lawe alas ni kalau kita tengok melalui Google map .... memang banyak alirannya ... ni adalah antar yg terkecil .... biasanya untuk anak2 mandi , airnya cetek dan tak deras, jadi lebih selamat untuk anak2 kecil.
Habsah Othman mula2 ingat tu lah sungai yg depa nak tunjuk... ala keciknya.... Rupanya itu cuma air yang meleleh je... nun di sana baru sungai betul..
Saad Othman Tanoh Alas mengikut kepercayaan orang disitu adalah ibarat "kuali" .... tanah pamah yg rendah .... jadi terbentuklah banyak aliran sungai sepanjang lembah Alas tu ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 154 .. Pak Njag dan Pakcik Ahmad Din pula dok berdiri dalam aliran Lawe Alas pula ... best le airnya sangat sejuk, mencapai 20C.
Saad Othman Cuaca disana juga lebih sejuk, kalau pagi2 mencapai 25C .... macam kat Cameron Highland
Habsah Othman Pak Njang siap dgn bacaan suhu nya.. Di mana2 pun dia bawa thermometer dia tu. Semua rekod. Salute betul pada Prof ni... PERFECTIONISTSaad Othman Lain kali kita pi bawa altitude meter pulak ... hehehe

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 155 ...Kami lima beradik berdiri di tebing Lawe Alas ... waktu itu terasa betul kesyukuran yg teramat sangat ... tak sangka Allah Taala izinkan juga kami pulang ke Tanoh Alas ....
Wiwin Susilawati O . . . berarti orang Ngkeran.
Hasah Othman Tanoh Alas memang kpg yang tidak tercemar.. air sungai tu boleh di minum terus... rasa betul nikmat.....air mineral sejati. Kita bayar RM1.00 untuk sebotol kecik.. di sini sungai yang luas terbentang... patut la depa sihat.
Wiwin Susilawati Ngkeran nama salah satu kecamatan di Tanoh Alas. Misalnya Malaysia (Tanoh Alas) Pulau Pinang (Ngkeran), gitu Pak.

Day 7, Jumaat (29/7/11) post 156 .. Mak Njang mencuba teknik fotografi nya .... menggambil gambar seekor kumbang yg sedang terbang sambil menyedut madu dari bunga pokok kacang keridik (sejenis pokok ubat) ......

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 158 ... mak njang dgn MakCik Sugiati, isteri Pak Cik Ralidin ..... dibelakang mereka puncak Gunung Leuser yg sentiasa di liputi awan ....
Habsah Othman sorang Jawa, sorang Deli... sama2 jadi isteri orang Alas.. ha ha ha.
Saad Othman Mak Njang memang keturunan Deli campur Mandeiling campur Minang ... tunggu bila depa nak ajak pi buat trip macam ni untuk belah depa
Day 7, Jumaat (29/7/11) post 157 ... Mak Ndak, dia ni buas sikit ... pi berjalan jauh2 sorang dia ... sebab teringin sangat nak minum air dari Lawe Alas .... sebab orang Alas percaya sesiapa yg minum air dari Lawe Alas..... pasti akan balik juga ke Tanoh Alas nanti ....
Habsah Othman Bukan buas, tapi tak larat tunggu Pak Njang.. Dia berjalan dalam dunia ubat dia, punya la lambat. Jurukamera kena ikut dia. Dah minum air sungai 3 kali... sedap... Pak Njang kata jgn minum banyak2 nanti kawin dgn orang Alas... ha ha ha ...kesian kat Pak Ndak.
Saad Othman Disini memang banyak pokok2 ubat ... memang kena buat ekspidisi khas untuk dokumentasi poko2 ubat di Tanoh Alas ... buat scientific expedition pulak kot ... sape nak ikut?

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 159 ... Mak Ndak, macam biasa mesti nak posing jugak.
Habsah Othman ha ha ha...dah jadi Trade Mark...
Saad Othman nanti bila nak buat a Second Trip ..boleh le bawa dia jugak .... jadi model dan jadi juru bahasa ..













Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 160 .... semua posing di tebing Lawe Alas .... gambar ini sangat cantik, sebab Pak Njang yg ambil ......

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 161 ... yg ni pun cantik juga, Mak Njang yg ambil .... masa ni rasanya Mak Njang dan Mak Ndak dah minum air Lawe Alas yg jenih ni ... macam air mineral dalam botol saja.

Wiwin Susilawati Bisa buat Pabrik AQUA kayak di Brastagi.
Saad Othman Apa maksud wiwin tu ? maaf kurang faham
Wiwin Susilawati Maksudnya Pemerintah Daerah dapat memproduksi air mineral didalam botol yang sumber airnya dari Tanoh Alas. Kalau di Indonesia salah satu merknya AQUA pabriknya di Brastagi klo kita ke Medan di sebelah kiri.


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 162 ... Mak Ndak dan Pakcik Ahmad Din turun ke tebing sungai menggambil bunga pokok menerung ... yg juga boleh digunakan untuk buat anyaman tikar

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 163 ... kalau cucu Tok Saleh boleh tak-lut gengan besi ..... tapi cucu Tok Basal pula boleh berjalan atas air ....

Day 7, Jumaat (29/7/11) post 164 .. bersama dengan sepupu MakCik Sugiati, juga orang Jawa Medan, yg telah menetap di Aceh Tenggara. Habsah Othman dalam perjalanan balik dari sungai, terserempak pulak dgn dia. tak sangka kan. Saad Othman Kalau tak salah ... dia lah yg punyai kilang bata tu ....

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 165 ... lima bersaudara .... keriangan setelah puas bermain dengan air di Lawe Alas.
Habsah Othman lima bersaudara berjalan tanpa anak2, rasa muda pulak... ha ha ha..
Saad Othman maklumlah ... dia yg paling kecik sekali ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 166 ... kilang bata yg dipunyai oleh sepupu MakCik Sugiati yg terletak dalam kampong Biak Moli, ditepi Lawe alas.
Saad Othman Tapi bata mereka lebih leper dari bata kita ... macam bata Ayuthia pulak
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 167 ... berjalan pulang dari Lawe Alas, melalui jalan kampong Biak Moli, balik ke rumak PakCik Ralidin ...
Habsah Othman di sini baru terasa suasana kampung. agaknya masa zaman Tok Wan dulu, kat rumah Wa tu pun macam ni jugak. Tapi skrg kat rumah wa tu macam deretan rumah kedai dah. Rumah anak2 Wa Daud pun dah hebat2. Depa dah senang dan berharta.
Saad Othman Wa daud adlah antara orang yg berada dan berharta di Biak Moli ... dia juga antara orang yg dihormati dan menjadi Penghulu di sana.


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 168 ... mak Ndak posing kat Label Taman Rekreasi Anak-anak di Kampong Biak Moli ... rupanya macam sudah tidak aktif lagi, seperti sudah ditinggalkan




Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 169 ... berselisih dengan kaum ibu yg mahu ke Lawe ... mereka baik dan mesra.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 170 ... Mak Ndak berdiri di depan sebuah kem Latihan Motivasi dan suraunya di kampong Baik Moli.
Saad Othman Mereka ada hampir semua .... tapi ditahap yg berbeda ....





Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 171 ... Mak Ndak bersama salah seorang tetangga di kampong Simpang Tiga Biak Moli .... yg juga saudara kita, didepan rumahnya.
Habsah Othman Mak Ngah Sugianti (isteri Pak Ngah Ralidin) kata saudara kita juga... tapi tak sempat tanya kaitan kot mana... tak ambil data pun. lain kali lah. Orang tua ni amat gembira gambar dia di ambil... dia tanya utk kepastian... "udah masuk ye.. nanti dikirim ya !"Saad Othman On thing yg paling seronok ialah ... depa semua sporting bila menggambil foto ... tak cerewet pun


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 172 ...Mak Ndak dengan beca bermotor di Kampong Biak Moli.
Habsah Othman teringin nak naik sebelum balik, tapi tak dan. Makcik Heriati (isteri Pakcik Husin ) pergi mengajar ke sekolah naik beca saja.
Saad Othman Kenderaan yg sangat practical dan ekonomik ...
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 173 ... Mak Ndak bersama MakCik Sugiati dengan kereta perarakan.... yg selau dighunakan disini untuk mengarakan pengantin atau anak2 berkhatan. Wiwin Susilawati Namanya Odong Odong.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 174 ... balik semula ke rumah PakCik Ralidin .... di halaman rumahnya kereta yg dihantar oleh Pak Cik Husin dah sampai untuk menggambil kami balik ke rumah PakCik Husin.

Habsah Othman kami dijadualkan bertolak ke Medan jam 9.00 pagi... tapi kerana terleka kat sungai tadi , dah terlambat. Pakcik Husin tetap dgn jadual dia. Dia dah hantar Roji mai ambik... bergegas kami masuk dalam rumah utk ambil beg.
Saad Ya, Kepala Dinas tu memang tegas dan berdisplin. Semua jadual kami diatur kemas dan padat ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 175 .. Pak Cik Ahmad Din dengan daun gelenggang besar, atau orang situ panggil gelanggang jawa .... baik untuk mengubati penyakit kuit, terutamanya yg berkaitan dengan jangkitan kulat ...
Habsah Othman dia khusus bagi untuk Mak ndak buat ubat gatal-gatal kat tangan mak ndak ni. Tok wa kata ubat kurap... ha ha ha . Jadi mak ndak ni kurap la. Ish malunya...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 176 ... minum-minum kopi sebelum bertolak balik ke rumah Pak Cik Husin .... dia dah hantar Roji untuk menjemput kami.
Habsah Othman depa memang memberi layanan mesra. Dalam kelam kabut tu pun, minum-minum dulu.
Saad Othman lepas itu kami pun tekejar2 menyiapkan beg2 pakaian kami ... dan bergegas naik kereta yg dipandu oleh Roji balik ke rumah Pakcik Husin

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 177 .. mak ndak bersama Tok Wa Jenab ...

Habsah Othman saat untuk meninggalkan Tok Wa semakin dekat.... rasa sayu pulak. ... Tok Wa sangguo ikut kami ke rumah pakcik Husin walaupun kami nanti akan ke sini jugak kerana driver yg nak bawa ke Medan tu rumah dia kat Biak Moli jugak. Kami nak balik ke sana untuk kemas beg baju.

Saad Othman Memang rasa kesayuan itu tetap ada dan semakin hampir bertolak ianya menjadi semakin kuat

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 178 ... balik dari rumah Pakcik Ralidin di Biak Moli, untuk ke rumah Pakcik Ralidin ....kami melepasi kampus Universiti Gunung Leuser yg terletak didalam pekan Kutacane ....
Habsah Othman dari rumah Ralidin nak ke rumah pakcik Husin, melalui pekan Kutacane dan Universiti.
Saad Othman terasa betul, dalam masa tak sampai satu jam lagi... kami akan meninggalkan pekan Kutacane ini dersama kenanganya

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 179 ... kereta berderet di hadapan stesyen petrol Pertamina di Kampong Melayu ... untuk membeli petrol yg sangat terhad pembekalannya.


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 181 ... bergambar sebelum bertolak balik dari rumah Pakcik Husin ke
Medan ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 180 ... Pak Njang dan Mak Njang memakai pakaian tradisi orang Alas .... baju batik berbunga2, mempunyai motif hampir sama dengan motif dari Sabah dan Sarawak
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 182 ... bergambar bersama keluarga PakCik Husin.
Saad Othman Kesian kat Mak Njang ... kalau nak gambar yg elok memang le dia yg kena tangkp ... sebab tu lah bila gambar elok, dia tak ada dalam nya. Habsah Othman masa kami sampai dari Biak Moli untuk nak kemas beg, depa semua dah bersiap sedia, semua dah berpakaian kemas dan rapi, memang dah sedia untuk bergambar seperti dijanjikan kelmarin. Saad Othman Pak Njang pun kena le pakai baju Alas dan songkok Alas ... satu pengesah sebagai Putra Alas ...


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 183 ... Kelurga PakCik Husin yg menjadi tuan rumah sepanjang kami berada di Kutacane .... penginapan serta makan minum kami semua dijaga.
Habsah Othman anak2 dia semua siap menerima arahan. Semua tak banyak cakap. Nita selalu tolong siapkan hidangan makanan atas meja. Kemas meja. Roji sentiasa berkhidmat sebagai pemandu bila diperlukan. Diam saja. Maulana sebok sekolah, Jarang ada. Nita sedang cuti .

Habsah Othman kesian... bumi Aceh ada banyak minyak, tapi mereka kekurangan bekalan minyak.
Saad Othman Mengikut cerita orang tempatan...Itu adalah antara sebab kenapa Aceh cuba menuntuk kemerdekaan dari Indonesia (Jakarta)


Day 7, Jumaat (29/7/120) Post 184 ... Mak Njang dan Mak Cik Heriati , isteri PakCik Husin ... yg berpenat lelah melayan kami selama menjadi tetamu di rumahnya.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 185 .. Tok wa menanggis kesedihan sebelum berpisah dengan kami .... Pak Njang pun bersedih juga ... tapi tak sengaja tersenyum pulak ... tinggallah Tow wa setelah seminggu kami bersamanya ... harap2 lepas ni ada orang lain pula yg datang melawat dia.
Habsah Othman Pak Njang senyum tak pe. Jangan menangis, malu. tapi kami tetap sedih saat-saat akhir nak berpisah dgn Tok Wa.
Saad Othman Kesian betul tengok dia ... sebab pengorbanan dia berkahwin dan terus tinggal disana lah maka hubungan kekeluargaan kita dengan Kutacane tak putus ...


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 186 ... dalam perlajanan dari Biak Moli ke Medan .... nampak kawasan kampong dan bendang, berlatar belakangkan banjaran Gunung Bintang .... masa ni Pak Njang baru terasa sedih dan sayu ... terasa betul doa Pak Njang utk pulang ke Tanoh Alas bertemu dengan Tok Wa serta saudar mara di sini telah di makhbulkan Tuhan .... Alhamdullilah ...Habsah Othman kita baru saja meninggalkan Biak Moli dan Wa Nab dalam keadaan yang amat sayu sekali. Dia menangis sampai ada nada suara sayu dan dia kata " entah Wa dapat tengok lagi ka Ad dan besah ni ?" ' mai la lagi ....".... Wa mencium saya berulang kali...


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 187 ... pekan-pekan kecil di sepanjang jalan di Tanoh Alas sebelum masuk ke Tanah Karo ...








Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 188 ... perbatasan (sempadan) antara Tanoh Alas (Aceh Tenggara) dengan Tanah Karo ... selepas ini kami melalui Tanah Karo yg sangat luas.

Habsah Othman Arwah Tok Wan ismail mengambil masa berbulan-bulan agaknya untuk melepasi kawasan ini. Sambil berjalan, sambil menghambakan diri untuk sesuap nasi agaknya, dan terus berjalan lagi. Dengan hanya sehelai kain cukin yang dipakai nya ketika itu.
Saad Othman Sebab tu lah ... kain cukin tu sangat bererti buat Pak Njang ... kain cukin yg sentiasa ada dalam beg sekolah Pak Njang ... walau kemana Pak Njang pergi ...Setelah mendapat cerita sebenar di sebalik kain cukin tu ... barulah Pak Njang berasa puas ... dan Pka Njang berikan kepada Pak Cik Ahmad Din .... munkin dia juga memahami cerita yg sama

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 189 ... Pokok kemiri .... yang pernah menjadi hasil utama Tanoh Alas suatu ketika dulu .... disini kita panggil buah keras ... yg kita gunakan dalam masakan daging


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 190 ... lereng bukit yg dipenuhi oleh pokok kemiri ... tapi setelah harga pasarannya jatuh pasa 5-6 tahun lalu ..... banyak pokok kemiri telah ditebang dan digantikan dengan pokok koko ....Di Malaysia untuk melemakkan masakan, biasanya kita gunakan santan kelapa .... tapi di Indonesia, salah satu lagi alternatif untuk melemakkan masakan ialah dengan cara memasukkan buah keras yg di tumbuk, terutaman dalam masakan seperti gulai atau rendang daging atau ayam ... Lembah Alas dan tanah Karo adalah antara pengeluar utama buah kemiri ini.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 191 .... setelah hampir 2 jam bertolak dari Kutacane ... akhirnya kami sampai ke Lau Mulgap, disini terletaknya rumah Pamah Mutalib dan keluraganya ....








Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 192 .... Paman Mutalib dan ahli keluarganya di hadapan rumahnya di Lau Mulgap .... klau dalam bahasa Alas, sungai = lawe ... tapi dalam bahasa karo, sungai = lau



Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 193.... antara ahli keluarga Pak Mutalib yg pertama di interview oleh Mak Ndak .... iaitu Suhartini, anak ke 7 paman Mutalib. Habsah Othman Dia ni yang paling ramah, dah kahwin tapi telah bercerai. Ada anak 2. sedang memohon untuk kerja di Malaysia melalui ejen TKI.. (Tenaga Kerja Indonesia).. nak kerja di kilang kot. Lupa pula namanya... mungkin AIDAWATI...
Saad Othman Mengikut rekod ... namanya Suhartini, anak ke7 Paman Mutalib, iaitu adik kepada Anto ... exited betul dia nak kerja kat Malaysia ... antara orang pertama yg Mak Ndak interview ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 194 .... dirumah Paman Mutalib ... Mak Ndak sedang interview Suhartini ( anak ke 7 Paman Mutalib) bersama 2 orang anaknya








Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 195 .... di rumah Paman Mutalib, yg comel kat depan ni ialah salah seorang dari anak kembar Mutilan Kasih ... yg seorang lagi sedang di ribanya




Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 196 ... rumah Paman Mutalib ... ini Sahni, anak ke 5 Paman Mutalib, bersama suaminya Lisamuddin.
Habsah Othman Ini SAHNI bersama suaminya.. dia yang buat ketupat untuk jamu kami pada hari tu. Dia tinggal di rumah berhadapan rumah ini. Ini rumah ALIAN SUPRIYANTO. Anak kecil yang bersinglet tu adalah anak SAHNI.
Saad Othman Pak Njang masih ingat perbualan dia dengan Mak Ndak... masa tu dia sedang makan sirih ... kalau tak salah Mak Ndak tanya dia kenapa makan sirih ... dia jawap "dah ngak ada apa2 lagi mau di makan" .... lawak betul ... hahaha

Day 7, Jumaat (29/7/11) Poat 197 ... di rumah Paman Mutalib..... yg disebalh kanan tu Sahni, anak ke 5 Paman .... yg disebelah kiri tu Kunero, anak ke 8 Paman


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 198 ..... Mak Ndak sedang interview ahli keluarga Paman Mutalib di rumahnya di Lau Mulgap. Habsah Othman - tengok kat sebelah mak ndak tu, PEN MERAH... pak njang suruh catit email dan fb... data lain pen hitam... Prof cerewet
Saad Othman Yes ... pen Pilot G-2, 0.5mm ... ada le sebab2nya tu ...hahaha

Day 7, jumaat (29/7/11) Post 199 ... Pak Njang bersama Paman Mutalib di rumahnya di Lau Mulgap ... I like this picturel



Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 200 .... di rumah Paman Mutalib, yang kanan sekali Suhartini anak ke 7 Paman ... yg meriba nak tu Mutilan Kasih, anak ke 3 Paman .... dan yang sebalh kiri sekali tu Lisamuddin, suaminya Sahni ( nak ke 5 Paman)


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 201 ... makan ketupat pulut bercicahkan gula bersama Sprite di rumah Paman Mutalib .... yg dimasak oleh Sahni, anak ke 5 Paman



Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 202 ... rumah Paman Mutalib ....gambar Tok Salleh bersama dengan ......

Habsah Othman gambar ni yang KUNERO anak Pak Mutalib bagi ke ? ba Ad, tolong bagi email kunero yg ada kat dlm buku daftar tu.












Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 203 ... rumah Paman Mutalib .... keluarga Sahni dan Lisammudin ... sahni ni anak ke 5 Paman Mutalib

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 204 ... rumah Paman Mutalib ...Mutilan kasih anak ke 3 Paman Mutalib juga anak pertama dengan isteri ke2 nya...... bersama dengan salah seorang anak kembarnya .... yg seorang lagi tu sedang tidur ... masih ingat katanya ... "ngak apa bang, sorang pun tak apa, kan mukanya serupa saja.." lawak betul.


Day 7, Jumaat 929/7/11) Post 205 ... rumah Paman Mutalib ... Alian Supriyanto, anak ke 6 Paman mutalib serta isterinya Samsiah dan anaknya


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 206 ... rumah Paman Mutalib .... dengan anak ke 8 nya Kunero. Anak ke9 nya Ramayani sudah meninggal dunia (bulan lepas) semasa berumur 23 tahun.
Habsah - KUNERO ..anak ke 8 lah... nama dia dok di muka surat sebelah lagi kan. No. 8 dan no.9 muka surat lain. Dia ni yg ada account facebook... Sonny Black. Besah tak add friend lagi, sebab search tak jumpa. Dia pernah kerja atau ambil kursus kemahiran apa ke, kat Jakarta. Dia pakai handphone canggih. Blackberry kot. Boleh link facebook kat hp saja. Malu nak tunjuk hp saya.



Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 207 ... rumah Paman Mutalib ..... Suhartini anak ke 7 Paman dengan anak2nya ... bekas suaminya bernama Suhardi



Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 208 .... Paman Mutalib dengan sebahagian dari anak menantu dan cucunya'.
Antara gambar terakhir yg kami ambil bersama dengan keluarga Paman Mutalib di Lau Mulgap .... sangat canti dan bewarna warni ...

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 209 .... salah seorang anak kembar Mutilan kasih ... masa kami bergambar ramai2, dia tertidur.... kesian kat dia
h Othman Semua orang cuba kejut dia, tak sedar2 juga. Depa suruh datok dia, Pak Mutalib kejut, kot2 dia mau bangun. Pak Mutalib cuba, pun tak sedar. Masa tu bapak dia dan kembar dia dah ready depan kamera. Akhirnya Pak Mutalib kata ... " ah, enggak usah lah, tak ber foto pun tak apa, muka nya sama aja , cukup lah seorang tu."... mak ndak tergelak kuat masa tu. Semua orang ketawa.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 210 ... Mak Njang minta tangkap gambar dia dekat jambatan yg dia berhenti untuk muntah hari tu semasa dalam perjalanan dari Medan ke Kutacane .... dengan insiden inilah kami bertemu dengn Paman Mutalib.
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 211 ... dalam perjalanan pulang ke Medan, kami berhenti sekali lagi di kedai kegemaran Pak Cik Hussin .... tapi sekali ni dia tak dapat menghantar kami ke Medan, sebab dia kurang sihat ...
Habsah Othman
Kami berhenti kerana driver (HAMDANI) perlu rihat.. dan kami pun sebenarnya belum lunch. Tapi Mak Ndak dan Mak Njang masih terasa kenyang makan ketupat kat rumah Anto (anak Pak Mutalib) tadi. Roji dan Hamdani order koey teow goreng. Agak pe...lik di sini , koey teow nya jernih (colourless). Nampak macam plastik. Mungkin di buat dari tepung jagung kot. Sebab di kawasan sini semua petani menanam jagung sebagai punca utama pendapatan. Kami order juga bihun goreng, share 2 orang. Pak Njang makan bihun goreng juga. Sedap pulak bihun goreng tu. nak order pulak malu lah, sebab tadi kata kenyang.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 212 .... menu menarik di Warkop Surya Indah di Bintanga ..... Cuba teka apa itu "Teh Pribumi Gratis" ?


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 213 ... dalam perjalanan dati Kutacane ke Medan, melalui Tanah Karo, disebelah Utara nya terlihat sebuah gunung berapi ... namanya nanti check kemudian

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 214 ... dalam perjalanan dari Kutacane ke Medan, melalui Tanah Karo jumpa "Monument Halalintar",pejuang kemerdekaan Indonesia yang menentang Penjajah Belanda ....
Wiwin Susilawati Setiap daerah untuk megenang jasa2 pahlawan yang telah memperjuangkan kemerdekaan Indonesia melawan penjajahan Belanda mereka membuat MONUMENT. Kalo di Kutacane di Kuta Rih di daerah Bambel (sesudah Kampus UGL) belok kiri.








Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 215 .. Di .Sepanjang perjalanan dari Kutacane ke Medan, melalui Tanah Karo kami temui banyak Gereja2 di tepi jalan .... sebab orang Karo kebanyakkannya yg berugama kristian. Wiwin Susilawati Dulu mereka ngak beragama (Atheisme) karena Pemerintah Indonesia mengakui ada 4 Agama (Islam, Kristen, Hindu, Budha) maka mereka ada yang masuk agama islam dan kristen

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 216 .... sepanjang perjalanan dari Kutacane ke Medan, melalui Tanah Karo kami juga temui banyak kawasan perkuburan Kristian .... inilah jalan yg di di lalui oleh Tok Wan Ismail (Basal) dalam perjalanannya ke Kedah

Day 7, Jumaat (29.7.11) Post 217 ..... dalam perjalanan itu juga kami singgah di Pusat Peranginan Gundaling, satu kawasan tanah tinggi berhampiran Pekan Brastagi .... cuaca disini sungguh dingin sampai 21C ... tapi tak ramai penggunjung sebab bukan hujung minggu....
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 218 ..... Mak Ndak dan Mak Njang posing dalam keadaan kesejukan di Tanah Tinggi Gundaling berlata rbelakangkan pekan Brastagi ....
Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 219 ... di Gundaling Roji dan Hamdi posing di depan sejenis batang kayu balak yg mengukirkan motif suku Karo .... macam Totem Pole yg digunakan oleh orang Asli Kanada (First Nation)
Saad Othman Depa ni dua2 orang sangat tertib dan pemalu ... biasa le lelaki selalunya macam tu .... jadi jarang le dapat tangkap gambar depa ...


Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 220 .... tiba di Medan jam 8.30 mlm setelah bertolak dari Kutacane pada jam 10.30pg .... perjalanan selama 10 jam (termasuk berhenti di Rumah Paman Mutalib) ..... kami terus pergi ke rumah Yessi, salah seorang anak Pak Cik Husin

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 221 ... di rumah sewa Yessi, anak Pak Cik Husin .... Yessi sudah tahun akhir di Fakulti Farmasi di Universiti di Medan

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 222 ... selesai makan malam bersama Roji dan Hamdi di salah sebuah Restoren Nasi Padang di Kota Medan .... sedap betul masakannya .... dengan 16 jenis lauk yg dihidangkan kepada kami
bsah Othman Pak Njang belanja... di sini baru kami keluar duit... oh ya tadi di kedai Surya Indah tadi pun Pak Njang belanja. Dah seminggu tak dak can nak keluar duit.

Day 7, Jumaat (29/7/11) Post 223 .... akhirnya jam 11.00malam barulah semua aktiviti hari tu tamat .... baru nak tengok berita kat TV, baru nak tahu apa yg berlaku kat dunia luar .... setelah seminggu berada di Tanoh Alas