Kenangan




































Pembedahan Jari Kaki Tok Jah disebabkan penyakit kencing manis



Sebulan Di Subang dan Rawatan di SJMC



Tok Jah Sakit sepanjang di Mekah



Masakan yang diwarisi Mak Teh

Nasi Tomato

Ketupat

Saat terakhir bertemu Tok Jah di Hospital Pulau Pinang



Nasi Kerabu Sayur Keladi



Mee Udang Medan Selera Kegemaran Wan Man


















7 comments:

  1. Replies
    1. hari ni 1 June.. pasal apa comment di atas jadi 31 May ?

      Delete
  2. Kenangan Di Pagi Raya Aidilfitri Tahun 1965

    Kita 7 beradik bersama arwah abah dan mak

    Lokasi :
    Berek Polis Sungai Bakap
    Seberang Perai Selatan

    Masa ni adik bongsu kita , yg ke 8 belum lahir lagi.
    Bila lahir nya Pandai bin Othman pada tahun 1970, ,maka kita semua bertambah cemerlang.

    Jadilah kita :
    Abah pandai
    Mak pandai
    Abang pandai
    Kakak pandai

    Alhamdulillah, terima kasih abah kerana memilih nama PANDAI untuk adik bongsu kami.

    Penerangan gambar :

    Kami bergambar dalam rumah yg sempit sebab tu Kak Mah dan Abang Ad kena berdiri atas katil. Baju yang kak Besah pakai (gaun putih) dibeli di Georgetown ( Tanjung) dgn harga 20 ringgit waktu itu. Mak kita hanya berkain batik, tetapi dah cukup cantik bagi pandangan mata kita adik beradik.

    Alfatihah untuk kedua-dua abah dan mak.

    ReplyDelete
  3. Mee Kuah Daging

    (Mee Kuah Kedah )

    1 Kg daging + 1 kg Tulang
    2 bungkus mee kuning

    *Bahan Kuah*

    untuk tumis :

    10 ulas bawang merah

    1 biji bawang besar

    6 ulas bawang putih

    1/2 inch halia

    2 biji tomato

    Cara menumis :

    1. Potong semua bahan diatas.
    2. Sediakan kuali dan tumis bawang putih & bawang merah dahulu, bila dah kuning baru masukkan bawang besar, halia dan tomato. Tumis hingga sehingga naik bau. Jangan campur bawang besar serentak dgn bawang putih & bawang merah , nanti susah nak garing.
    3. Bila dah garing , masukkan cili kisar , masaklah sehingga cili masak & pecah minyak ( ada diterangkan di bawah )

    Bahan utk kisar :

    -Cili kering kisar ( agak -agak 3 senduk - 15 biji cili kering)

    -1 biji kentang

    -2 biji keledek oren atau merah (apa2 pun boleh )
    ** rebus kentang dan keledek secara berasingan

    -agak2 kentang keledek dah empuk, angkat dan kisar /blend
    ______________________________________________

    Cara menyediakan kuah :

    1. Dalam periok yg berasingan rebus lah Tulang ( biar lama baru empok betul )

    2. Bila dah empok , masukkan cili yg ditumis tadi ke dalam periok rebusan tulang .Masukkan daging yg dipotong besar2 dulu.
    (Daging tu mula2 rebus dalam kuah biar besar2 dulu dalam kuah tu, dah masak nanti baru hiris hiris nipis untuk letak atas mee masa hidang
    )

    3. Masukkan 1 tin tomato soup ( atau 4 biji tomato di blend lagi bagus )

    4. Masukkan Sos cili

    5. Masukkan Ubi kentang & Ubi keledek yang telah dikisar

    6. Asam keping jika perlu (tapi saya tak tak tambah dah sebab kita dah guna buah tomato dan sos cili yang dah memang ada masam2 sikit dah

    6. Garam

    7. Gula

    8. Biar mendidih lama dan rasalah manis & masam nya biar seimbang .

    9. Satu tips tambahan : orang kedah lebih suka kacang tanah di goreng dan di kisar kasar2 utk masukkan dalam kuah. Bijan (lenga) juga di goreng tanpa minyak ( sangrai) dan dimasukkan dlm kuah. Ini lah utk menambah kesedapannya seseuai dgn selera orang2 lama Utara.

    _______________________________________________

    Cara menghidang :

    1. Mee kuning dicelur sekejap sahaja dgn air panas mendidih . Toskan air nya

    2. Sawi & taugeh di celur juga dgn air panas . Sawi di potong kecil utk ditabur atas mee.

    3. Tauhu ( org kedah panggil tokua) . digoreng dan di hiris nipis2.

    4. Daging yg ketul besar2 dalam kuah tadi di potong nipis2 utk tabur atas mee.

    5. Limau nipis , bawang goreng dan cili merah dipotong nipis , tabur utk hiasan atas mee , sebelum kita tuang kuah .

    SELAMAT MAKAN

    ReplyDelete