Resepi Keluarga

Koleksi Habsah Othman



TALAM PISANG

untuk lapisan bawah
( sama seperti Lengat Pisang)

Bahan2nya :

2 cawan pisang lecek
(lebih kurang 8 biji pisang besar atau 10 biji pisang kecil)
beli saja satu sikat pisang awak
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir
sedikit garam

Cara-cara membuat:

- pisang dilecek dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 tadi dan gaul rata
-tak perlu tambah air.
-panas kan loyang dalam periok kukus dulu .
-kukuslah selama 15 minit.

sambil kukus bhg bawah tadi boleh lah sediakan bahan utk lapisan atasnya


Lapisan atas:

sama seperti talam keledek yg dah ajar dulu.

100 gm tepung ubi atau tepung jagung (3/4 cawan)
200 ml santan pekat ( 1 kotak santan pekat - 1 cawan )
1 cawan air biasa
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

di tuang ke atas bahagian atas pisang yg dikukus tadi

kukus lagi selama 15 minit

-setelah sejuk baru dipotong dan sedia utk dimakan.


KUIH DANGAI @ RANGIN


Bahan-bahan
4 cawan kelapa parut ( kena pastikan kelapa yg agak muda ..yg sesuai buat inti..baru sedap)
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul2, leraikan ye..!
2. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu marjerin (sapu marjerin kat pemanggang ajaib -- lagi mudah )
3. Bakar dalam oven dengan suhu 150c selama 30 minit (ikut suhu oven masing2) -- kalau guna pemanggang ajaib, guna api perlahan supaya kelapa tak hangus.. lepas 5 minit camtu, terbalikkan ke side lagi satu... supaya garing merata di kedua2 belah...
4. Keluarkan dari loyang, tunggu sejuk sikit.. potong dan boleh la dihidangkan (makan panas2 mmg sedap)

LENGAT PISANG
 

Bahan2nya :
2 cawan pisang lecek... 
(lebih kurang 8 biji pisang besar atau 10 biji pisang kecil)
beli saja satu sikat pisang awak
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir &  sedikit garam
Cara-cara membuat:
- pisang dilecek dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 tadi dan gaul rata
-tak perlu tambah air.
-panas kan loyang dalam periok kukus dulu .
-kukuslah selama 20 minit.
-setelah sejuk baru dipotong dan sedia utk dimakan.
 




BENGKANG UBI KAYU

Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu yang diparut
1 cawan santan pekat (200 ml)
1 ½ cawan gula merah..
½ cawan gula pasir
 ½ cawan kelapa parut (yg agak muda sikit)
Cara membuatnya :
- Ubi yang diparut hendaklah ditekan dalam penapis supaya air dari ubi turun ke dalam bekas.
- Air yang turun dalam bekas tersebut, di biar dulu seketika sehingga air jernih naik ke atas dan ada mendapan sagu terhasil di bahagian bawah.
- Buang air yang jernih tersebut (yg agak kekuningan_pahit), sagu yg mendap di ambil dan dicampur semula ke dalam ubi yg telah ditapis tadi.
• Petua : jika sagu ini dbuang , maka kuih akan jadi tidak cantik, tak kental.
- Masak gula pasir + gula merah dan ditapis
- Gaul kesemua bahan : ubi, gula, santan dan kelapa parut . Kacau hingga sebati dan sedikit berair
- Tuang kesemua bahan ke dalam loyang yang telah disapu banyak mentega. Seeloknya jenis periok pembakar bengkang yang ada lubang ditengah tu (barulah hampir sama dengan bengkang masak cara tradisional) dan dibakar atas dapor gas.
- Boleh juga loyang yang ada lubang ditengah tu dan dibakar dalam oven pada suhu 200 darjah, selama 1 jam.
- Untuk 5 minit terakhir, gunakan api atas (grille) sahaja agar bahagian atas bengkang tu jadi garing. Baru lah jadi seperti orang tua2 dulu masak bakar bengkang guna api atas yg pakai bara sabut tu.. he he he..saja nak bagi petua.





TEPUNG TALAM GULA MERAH

Lapisan Bawah:

200gm gula merah...
2 sudu gula pasir
2 1/2 cwn air biasa
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara-cara

- Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan
- Sementara itu panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
(Kalau dah yakin penutup tu rapat betul, tak payah balut dgn kain pun tak pa. )
-Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau
-Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
-Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

* kadang2 kalau kukus terlebih dari 20 minit, nanti bahagian atas tak mau melekat kat bahagian bawah. Dia terpisah.

Lapisan Atas

3 cwn santan pekat
1 cwn tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara

Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan
Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat
Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
Sejukkan dahulu sebelum di potong





BENGKANG ROTI

1 buku roti (roti gardenia)
1 tin susu pekat (boleh diganti santan & gula)
2 sudu besar gula pasir
4 biji telor...
2 sudu besar mentega atau majerin
2 sudu besar kismis
Garam secukup rasa
Cara membuat :
1. Roti di siat-siat dan direndam dengan air panas selama ½ jam
-ada orang nak cepat, blend saja… tapi bila sebati sangat tak cantik
–elok hanya disiat sahaja, ada urat2 roti, warna2 kerak roti tu jadi corak pulak
2. Lecek roti yang direndam dan pastikan tidak ada yang berketul
3. Pukul telor dengan gula sehingga hancur. Masukkan garam
4. Tuang susu pekat ke dalam adunan roti dan kacau hingga sebati
-boleh juga kalau digantikan susu pekat dgn santan & ½ cawan gula.
5. Masukkan telur yang telah dipukul dengan gula & garam dan kacau lagi
6. Sapu mentega pada acuan dan panaskan. Tuangkan adunan tadi.
7. Taburkan kismis jika suka
8. Bakar hingga kuning (45 minit)

4 comments:

  1. BUBUR ASYURA tak dak lagi kat sini. ada kat group fb

    ReplyDelete
  2. Resepi Kuih Serimuka pun tak dak lagi kat blog ni. ambil kat fb family

    ReplyDelete