Wednesday, September 14, 2011

Family Gathering Venice of Perak

Date:



Berseida untuk acara sukaneka











Acara sukaneka di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak




Bergambar di Bangunan Pentadbiran TNB Janamanjung. Lawatan Stsen janakuasa Pembakaran Arangbatu




Pertadingan Bowling keluarga di Armada Bowling, Kem Navvy Lumut.












Banana Boat Ride di Pantai Teluk Batik...Mak Teh & Pak Su jadi kanak-kanak tertua dalam ekspedisi.







Pertukaran hadiah.











Tuesday, September 6, 2011

Genap Setahun Abah/Wan Meninggalkan Kami


Hari ini 6 September 2011, genap setahun Abah meninggalkan kami. Seorang Wira yang telah membesarkan kami 8 adik beradik dengan penuh disiplin dan ketegasan diiringi dengan sifat keibuan, Jah Ismail yang amat penyayang. Othman Bin Sudin juga dikenali dengan nama Pak Njang Man, Man Sireh, Man Bomoh mahupun Man Kejit.

Gelaran Sireh dek kerana kegemarannya memakan sireh. Kepakaran beliau dalam mengubati perlbagai penyakit dan sedia membantu segenap lapisan masyarakat membawa gelaran Man Bomoh. Dalam pada itu, Man Kejit hanya dek kerana matanya yang sentiasa berkelip hampir tanpa henti...itulah sifat semulajadi dan keistimewaan Abah kami yang juga Wan kepada anak-anak kami.

Dalam ketampanan wajahnya yang sentiasa kemas dalam berpakaian, terutamannya sewaktu beruniform Polis Di Raja Malaysia, Othman Sudin PC26600 (LKPL 26600) memang terkenal dengan disiplin dan ketegasan. Namun, disebalik itu, terselit satu sifat berang dan pemarah yang telah berjaya menjadikan semua kami 8 adik beradik sentiasa memastikan setiap sesuatu dilaksanakan dengan tertib dan sempurna.


Md Isa, Jah, Che Yah & Othman - 1955
Abah terpaksa melalui saat yang kurang terusus sejak pemergian Mak yang kami cintai pada 8/7/2000. Perkahwinannya yang pertama selepas kematian Mak, tidak berpanjangan kerana calon isteri yang dikahwini terlalu jauh dari apa yang beliau harapkan. Tidak mungkin Abah akan dapat mencari pengganti seumpama Mak yang telah menjaganya dengan penuh ketaatan dan kesabaran serta membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.

Perkahwinan kedua abah juga sekadar mencari peneman untuk menjaga makan minum dan urusan seharian. Namun untuk menjadi penggantikan Mak tetap tidak kesampaian sama sekali. Tetapi, Abah tetap bertahan dengan isterinya yang ke-3 selama hampir 10 tahun sehingga ke akhir hayatnya.

Pada tanggal 27 Ramadhan 1431, abah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 11:00 pagi, Hari Isnin di Hospital Sulatanah Bahiyyah, Alor Setar di wad CCU. Pemergiannya dikelilingi sebahagian daripada anak dan cucu yang terpaksa menerima hakikat bahawa alat bantuan hayat yang membantu beliau bertahan selama 4 hari perlu dihentikan demi kasih sayang kami kepadanya. Itupun, selepas kami cuba untuk bertahan selama yang boleh seandainya beliau mampu menerima bantuan hayat berkenaan. Bersandarkan kepada nasihat doktor dan kami adik beradik, keputusan dibuat dengan hati yang amat sedih....Othman Bin Sudin terpaksa dilepaskan untuk kembali dengan tenang.

Saya dan sebahagain adik beradik berada disisi katil beliau sewaktu doktor menanggalkan peralatan bantuan hayat pada jam 10:45 pagi. Kami tanpa henti membaca Yasin dan saya berterusan membantu melafazkan kalimah syahadah di telinga arwah sambil memeluk tubuh yang telah tidak sedarkan diri selama 4 hari. Dengan perlahan dapat kami saksikan bagaimana tekanan darah beliau semakin menurun sehingga ke tahap tiada lagi bekalan darah dan oksigen yang dapat dibekalkan kepada tubuh yang kaku itu. Namun, aku pasti bahawa abah dapat mendengar ucapan kalimah syahadah yang dibisikkan di telingannya.

Selepas lebih kurang 15 minit, di saat akhir hayat beliau, kelihatan mukanya semakin pucat dan beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan aku di hapadan adik beradik kami yang menjadi saksi kepada pemergian seorang insan yang amat bermakna dalam hidup kami. Jam 11 pagi telah disahkan oleh doktor sebagai waktu pemergian abah/wan yang amat kami sayangi.

Al- Fatihah...........