Saturday, June 2, 2012

Majlis Resepsi Anip & Iena

2/6/2012 - Majlis Resepsi Perkahwinan Mohd Hanif Halim dan Faharina Shaari telah diadakan secara bersama di antara keluarga pengantin lelaki dan perempaun di Dewan UPM.






Rujukan berkaitan:  Skrip Emcee & Order of the day


Skrip Pengacara Majlis Perkahwinan Anip

Skrip
Que
1
Pengantin bersedia utk berarak masuk
Berdiri bersama rombongan (belum berjalan)
KETIBAAN MEMPELAI MEMASUKI DEWAN
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahir rabbil ‘alamin
Wasallatu wassalamu ala Rasulillah
Wa ala alihi Wasahbihi wamanwalah
Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik, hidayah serta inayah dariNya.. dapat kita sama-sama berada dalam majlis yang pernuh barakah ini.
Bagi pihak tuan rumah bersama, En Halim Bin Ahmad dan Puan Habsah Binti Othman serta En Shaari Bin Mamat dan Puan Paridah Binti Dawi, kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan, mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama menyerikan majlis perkahwinan Raja Sehari kita, Mohd Hanif dengan Faharina Binti Shaari di dewan yg permai lagi berkat ini.
Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini, Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai yang baru saja diijabkabulkan semalam
Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan raja sehari Mohd Hanif & Faharina. Dgn lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan Permaisuri Sehari …… dipersilakan …….
Ihsan/Aiman/Faris/Atikah/Suhaib
Pengantin berjalan ke tengah dewan
Selawat Majlis Perkahwinan
Ihsan/Faris/Aiman
Pengantin tiba di tengah dewan dan berhenti
Selawat Ustaz Amal
Ihsan/Faris/Aiman
Pengantin berjalan semula selapas tamat selawat
Aiman
Ikan sempilai sesak di lukah
Lukah dan bubu di Tanjung Selasih
Pasangan mempelai segak melangkah
Melangkah menuju mahligai kasih
Panas dan kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik, samalah padan
Dengan langkah yang penuh tertib. Dengan senyuman terukir manis. Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai kita Hanif & Ina. Selamat Pengantin Baru.!
Lagu Selamat Pengantin Baru Hijazz
Ihsan/Faris/Aiman
2
Pengantin tiba di atas pentas dan sedia utk santapan
Majlis Membaca Doa
Melayang tempua di atas permatang
Berkicau Merbah di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Yang berbahagia, , dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yg dihormati sekelian, bagi pihak keluarga En Shaari Mamat dan Puan Paridah Dawi serta En Halim Ahmad dan Puan Habsah Othman, kami sekali lagi mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada ptg ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan menambahkan serinya majlis ini.
Untuk makluman para hadirin sekelian, Majlis ini adalah bagi meraikan perkahwinan kedua mempelai Mohd Hanif bin Halim dengan pasangannya Faharina Binti Shaari yang telah memilih untuk hidup bersama. Mereka telah diijabkabulkan pada hari Jumaat, iaitu semalam di rumah pengantin perempuan di Taman .Andalas xxxxxxx .
Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai, ingin mengucapkan Salamat Pengantin Baru kepada kedua-dua Raja dan Permaisuri Sehari kita Hanif dan Ina. Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang berkekalan.
Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz…… dengan segala hormatnya , dipersilakan Al Fadhil Ustaz…
Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz xxx yang telah membacakan doa tadi..
Jambangan indah berbunga seroja
Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman
Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya tetamu-tetamu kehormat untuk menemani kedua mempelai yang diraikan Raja Sehari Mohd Hanif dan Faharina untuk bersantapan menjamu selera ……….
Dipersilakan …..
3
Persembahan Multimedia
Assalamualaikum,
Sambil Raja & Permaisuri Sehari menikmati santapan dan tetamu kehormat serta para jemputan menikmati jamuan, izinkan majlis mencuri sedikit perhatian semua kepada persembahan multimedia yang mengimbau kisah hidup Hanif & Ina….
………………silakan
4
Halim & Habsah bersedia bersama ibubapa pengantin perempuan
Ucapan Tuan Rumah
Assalamualaikum wrb
Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya
Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya…
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya….
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang berbicara……
Majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan tuan rumah, iaitu ayahanda Pengantin Lelaki, En Halim Ahmad, diiringi oleh bonda pangantin lelaki, Puan Habsah Othman untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada pasangan pengantin dan ucapan penghargaan kepada sidang tetamu yang hadir. Juga dijemput bersama adalah ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan En Shaari dan Puan Paridah ……… Dipersilakan.
………………
Terima kasih diucapkan kepada En Shaari, En Halim, Puan Paridah dan Puan habsah….
5
Suhaib & Atikah
Memastikan Kek OK
Memotong Kek
Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan kenangan manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek Selamat Pengantin Baru.
Dipersilakan kedua mempelai Hanif & Ina berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek...dipersilakan
….
6
Sesi Penutup
Demikian tadi berakhirnya acara memotong kek…sekali lagi tahniah kepada Hanif & Ina…Selamat Pengantin Baru. Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah….berkekalan hingga ke anak cucu.
Secebis pesanan dari kaum keluarga;
Aduhai Ina & Hanif
Janganlah risau, janganlah gundah,
Ambil yang senang, pilih yang mudah
Ingat Pesan imam, sewaktu berkhutbah
Bersatulah hati walau susah atau payah
Sentiasa tenang di kala susah
Sentiasa waras ketika gundah
Elakkan retak jangan sampai terbelah
Banyakkan sabar banyakkan tabah
Insya Allah rukun damai seisi rumah
Pesanan bukan sekadar madah
Cetusan tulus tidak berbelah
Jangan lupa pesanan ibu dan ayah
Usah disanggah pesanan atuk dan opah
Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah
Kami doakan semoga Hanif & Ina dianugerahkan dengan perkahwinan yang penuh barakah.
Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 ptg.
Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.
Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, termasuk majlis akad nikah semalam, terima kasih diucapkan.
Tulus dan ikhlas bagi pihak En Halim dan Puan Habsah serta En Shaari dan Puan Paridah….Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan….
Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini dapat disempurnakan….
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian. Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru
Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

 

ORDER OF THE DAY
Majlis Perkahwinan Mohd Hanif & Faharina
Di Dewan Banquet UPM - Pada 2/6/2012

JAM
Perkara
Tindakan
8:00 pg
9:00 pg
10:00 pg
 
11:00
 
 
11:30
 
12:00
1:00
Dewan dibuka dan dibersihkan – vacuum / mop di mana perlu
Caterer tiba utk mulakan persiapan
Penghawa Dingin mula dipasang untuk memastikan dewan cukup sejuk menjelang tengahari
Semua Petugas hadir di dewan utk taklimat terkahir.
Taklimat bermula
Perkara yg perlu disemak:
· Penanda arah masuk ke dewan
· Tempat letak kereta dan laluan masuk yg selesa
· Dewan
o Hiasan dan kebersihan dewan. Tiada barangan lebihan, sampah atau bauan yg tidak selesa
o 55 meja dgn 10 kerusi setiap satu, bertudung meja, kerusi cover cream
o Meja santapan pengantin dengan 12 kerusi, berserta bunga dan scallop.
o Laluan yg selesa (red carpet) utk pengantin berarak dari bilik persalinan ke pentas meja santapan
o Lampu dewan berkeadaan selesa
o 4 meja VIP dgn hiasan yg berbeza dari yg lain
o Meja untuk cenderahati dan hadiah dari tetamu
o Tandas lelaki dan wanita yg bersih
o Surau yg lengkap dgn tempat berwudhu, kain dan telekung.
o Kerusi untuk ibubapa pengantin duduk di depan pintu masuk
o Kerusi khas utk bapa pengantin perempuan dan Wan & Tok Pengantin lelaki yang bermasalah kesihatan
o AV & Rostrum
o Ruang utk kanak2 bersantai
· Caterering dan makanan/minuman
o Makanan dan minuman dihidang dgn 2 outlet orang ramai dan 1 outlet VIP seperti menu yg dipersetujui termasuk 200 pax Teh Tarik
o Seorang Petugas caterer di outlet VIP sepanjang masa.
o Kebersihan pinggan dan sudu/garpu
o Kemudahan cuci tangan & tisu
o Kueh Teow pada jam 2:30 ptg
o Jajan di atas setiap meja dan replenish sewajarnya secara berkala – 3 jenis kerepek, siap bekas
· Goodies sedia di atas meja
· AV siap diuji dan boleh dimainkan sekiranya tidak mengganggu petugas
· Pengantin & Bilik persalinan yang selesa
o Pakaian lengkap serta make up
o Flower bouquet
o Pengiring – siap dengan tisu
· Bilik rehat keluarga yg selesa
Tugasan bermula di stesen masing-masing dan bersedia untuk menerima tetamu yang boleh datang pada bila-bila masa saja.
Option: Petugas boleh mula makan secara bergilir
Tetamu Mula datang
· Tuan kenduri bersedia di pintu masuk
· Goodies siap untuk diedar
· Makanan dan minuman terhidang
· Main background nasyid
· Meja VIP ada petugas caterer
· Semua ahli keluarga secara tidak rasmi dan keseluruhannya bertindak sebagai usherette
· Persediaan perarakan masuk dan santapan pengantin
o MC siap dgn skrip
o AV pastikan microphone berfungsi baik
o Pentas & Meja Pengantin siap terhidang
o Kek Pengantin siap di pentas dgn hiasan, pisau, piring & tisu
o Lagu kompang/Selamat Pengantin Baru/Nasyid/selawat
o Projector dan Multimedia presentation
o Pengantin lelaki & perempuan
o VIP santapan (10 orang)
§ Saad & Zuraidah, Wan & Ngah Azizah, Wakil Ibubapa Pengantin P, Wakil saudara Pengantin P, Pengantin L&P
Muaz
Muaz
Muaz
MO
Adli
Ihsan
Muaz,
Atikah, Aiman, Suhaib
Ihsan & Faris
Muaz, Aiman, Atikah, Suhaib
Ijah, anis, Sara.
Adli
Ihsan & Faris
Adli
Mak Teh
Semua Petugas
Ust.Zakaria
Ihsan Faris
Atikah & Suhaib
Ihsan
& Faris
Mak Teh
Aiman
1:30
KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG
Pengantin berarak berjalan masuk diiringi CD lagu/nasyid/selawat, berjalan masuk ke dewan dari bilik persalinan dengan pengumuman oleh MC. (Skrip 1)

CD selawat bersedia
Pengantin berhenti di pertengahan laluan dewan untuk selawat.
Selawat bermula. Pengantin dan rombongan berhenti berjalan, berdiri sehingga selesai selawat. ( 2 - 3 minit )
or
Pengantin sambung berjalan ke pentas utk santapan di pentas diringin Nasyid selamat pengantin baru
Pengantin tiba di atas pentas dan duduk di meja santapan bersama VIPs yg lain
Pengiring bantu tolak kerusi Pengantin
Pengiring turun dari tempat makan VIP
Majlis diteruskan seiring dgn Skrip MC . (Skrip 2)
Ucapan pembukaan
Doa
Ustaz Zakaria
Aiman
Ihsan & Faris
Aiman
Ustaz Zakaria
Aiman
Ihsan
Pengiring
Ustaz Zakaria
Santapan bermula
Atikah & Suhaib
2:00
Tayangan Multimedia (Skrip 3)
Ihsan & Faris
2:30
Ucapan Tuan Rumah (Skrip 4)
· Ucapan terima kasih kpd tetamu dan pesanan kepada pangantin oleh Halim Ahmad selama 5 minit
· Teks disediakan oleh Muaz dan disimpan oleh Halim & Muaz senaskah setiap seorang.
· Kerusi untuk ayah Ina jika perlu
· Rostrum & Microphone
Halim, Habsah, Mak Ayah Ina
Muaz
Aiman
Ihsan & Faris
2:45
Sesi Memotong Kek (Skrip 5)
· Kek disediakan
· Meja & Hiasan
· Pisau pemotong kek beriben
· Piring utk letak potongan kek
· Tisu
· Cameraman pastikan sudut foto yg sesuai
Adli
Suhaib Atikah &
3:00
MC Menutup Majlis (Skrip 6)
· Pengantin bersalaman dengan VIP
· Sama-sama turun dari pentas bertemu tetamu di dewan
· Pengantin Bersalaman dengan Ibubapa
· Sessi bergambar secara bebas
· Lagu terus dimainkan
Atikah & Suhaib
Suhaib , Faris, Jurugambar
Ihsan
3:15
Majlis Jamuan diteruskan sehinnga jam 4 ptg
Semua petugas