Sunday, July 24, 2011

Kutacane Day 2 - (24/7/2011)

Post 18 - 41

Day 2, Ahad (24/07/11) Post 18... bersarapan pagi di rumah Husin, anak kedua (bongsu) Wa Nab ... di 281 Perumnas Tanah Merah, Kecamatan Bandar Kutacane
Habsah Othman Kami bersarapan dan setiap waktu makan, masing2 ambil tempat yang sama, sehingga hari akhir.. he he he. Saya tetap di sebelah kanan Wa Nab.



Day 2, Ahad (24/7/11) Post 19 ...Di rumah Pakcik Husin .... dia adalah Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sibil Kutacane ... jadi semua surat beranak, kad pengenalan, surat nikah, surat mati dan Kartu Keluarga dikeluarkan olehnya dengan tandatangannya ... orang penting di Kutacane



Day 2, Ahad (24/7/11) Post 20 ...Sebahagian dari cenderahati yg diberikan kat Pak Njang oleh Pak Cik Husin
Habsah Othman mulia sungguh hati mereka semua, keluarga kita di Aceh.
Saad Othman Bermacam cenderahati yg Pak Njang dapat dari Pak Cik Husin: baju batik Alas, songkok Alas, cenderahati Rasmi AGARA, tas Alas .. dan bermacam lagi lah..


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 21... berhenti di tepi jalan, beli durian, semasa dalam perjalanan nak pi berkelah di Ketambe, di kaki Gunung Leuser .... sebelah Barat Lembah Alas ...
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 23 ...Ni wanita sejati Alas ... naik speda motor ... mau pegi pajak
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 22 ...Singgah sebentar membeli ikan pepes (macam ikan paih di sini) ... macam Tok Jah masak dulu ... ni adalah Kawasan Stasion Penelitian Gunung Leuser .... diiktiraf sebagai "paru-paru" dunia

Day 2, Ahad ( 24/11/07) Post 24 ... posing di sebatang pohon besar di Taman Negara Gunung Leuser ... di sini terdapat banyak tumbuhan2 obat ....
Habsah Othman sekarang dah pandai eja 'obat'.. bukan 'ubat' ... ha ha ha. Mak Ndak tetap jadi model di mana2 pun sebab Mak Njang adalah jurukamera yg hebat dan taat setia pada Pak Njang.
Saad Othman Sebenarnya kami terpaksa berhenti di situ sekejap sebab jalan terhalang oleh sebuah mobil .... setelah hon, akhirnya pemandunya datang dan memberikan laluan kepada kami


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 25 ...Berkelah di tebing Lawe Alas, di Ketambe ..... dengan lauk pauk Alas yg dimasak di rumah ... Mak Njang sedang buat sambal ...






Day 2,
Ahad (24/7/11) Post 26 ..
Suasana di sini tenang dan udara nya sejuk dan nyaman. Habsah Othman lihatlah air sungai yg deras tu.. dan airnya yg bersih



Day 2, Ahad (24/7/11) Post 27 ...
Model typical orang Alas ... tapi selalu orang ingat dia orang Aceh
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 28 ...Posing depan "Rumah Adat Alas" di Villa (..... apa nama dia Besah)
Habsah Othman Villa Geruh rasanya.
Saad Othman Sayang tak berkesempatan melihat di dalamnya ..... masa bertemu Wakil Bupati hari tu , dia ada offer bermalam di sini sambil buat BBQ kambing .... tapi tak dapat terima pelawaan itu sebab jadual kami di sana sungguh padat ....


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 29 ...Mandi di Geruh Ketambe .... di kaki Gunung Leuser, airnya sangat sejuk (terlupa nak sukat) tapi munkin mencapai at least 20C ....
Habsah Othman anak tempatan tak pakai baju.... anak baru balik kampung ni berpakaian lengkap.
Saad Othman Sebab Pak Njang ni memang jenis pemalu .... sejak dari kecik2 lagi ...hehehe

Day 2, Ahad (24/7/11) Post 30 ...Sepupu awak semua juga mandi ... cuba berenang menyeberangi Geruh dan memanjat tebing di sebelah sana ...
Habsah Othman Geruh tu nama tempat tu... sungai tu 'LAWE' .... menyeberangi 'lawe'


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 31 ..Balik dari berkelah .... Paman Mutalib sudah ada menunggu di rumah Husin, came all the way from his house in Tanah Karo ... ingat orang pertama, di kalangan saudara kita yg ditemui sebelum masuk ke Tanoh Alas
Saad Othman Kesian kat dia .... dia tunggu kami sehingga tiga jam di rumah Pak Cik Husin


Day 2 (Ahad 24/7/11) Post 32... malam di rumah Pak Cik Ralidin, balik dari berkelah di Geruh Ketambe .... Mak Ndak sedang interview ahli keluarga .... process pertama yg kami buat ke setiap rumah yg kami berkunjung.
BANCI PENDUDUK. ... tapi soalan Mak Ndak lagi detail..syukurlah dapat kerjasama yang baik dari semua penduduk.. ha ha ha....siap tanya tahun kelahiran, email address, facebook, hp number. Bila dah selesai baru lah Mak Ndak buka cerita lain pulak. Lepas ni Pak Njang nak ajak pi Bangkok pula... tak sanggup rasanya. nak kena belajar bahasa Siam pulak kot.... NEXT MISSION.

Day 2, Ahad (24/7/11) Post 33 ...Menjamu selera, makan malam di rumah Pak Cik Ralidin di Simpang Tiga Biak Moli .... Tok Wa Jenab tinggal bersama dgn Pak Cik Ralidin
Habsah Othman SIMPANG TIGA BIAK MOLI... selesai sudah pencarian kita... Mak Ndak masih ingat sejak dari dulu Tok Wan Ismail dok cerita pasal kpg dia, dan dia tulis semula masa dia duduk dgn Tok Jah dan Wan Man di flat polis Alor Setar. Mak Ndak simpan secebis kertas tu...SIMPANG TIGA BIAK MOLI, KOTA CANE , ACEH TENGAH. Rupanya sekarang dah tukar jadi ACEH TENGGARA.


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 34 ...Makan malam di rumah Pak Cik Ralidin .... dia seorang guru sekolah (ustaz) ....
Habsah Othman Pak Ngah Ralidin... watak dia memang jenis 'low profile'. Tak cakap banyak. Ustaz Ralidin. Tapi badannya besar dan tinggi.
Saad Othman tapi sekali sekala bila dia buat lawak, nak tergelak pulak ... macam cerita ...." Mie lidah goyang" .... lawak betul
Habsah Othman masa tu kami dijamu dengan pecal... sedap tapi pak njang tak tahan pedas.. kalut dia cari air. Pak Ngah Ralidin pun cerita lah pasal mee sup yang pedas di salah satu kedai.. dan di gelar Mie Goyang Lidah.


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 35 ...makan malam di rumah Pakcik Ralidin ..... gambar sepupu awak semua...
Habsah Othman Pak Ngah Ralidin..... Tok Wa panggil 'Ghalid'... Roji kurus tinggi (tinggi pada bapak dia). Nita besar sama saiz dengan mak dia. Kami jumpa Yesi di Medan.... wow cute sungguh. macam kak ijah.

Day 2, Ahad (24/7/11) Post 36 ...Makan malam di rumah Pak Cik Ralidin .... yg baju purple tu anak Pak Cik Husin
Habsah Othman Ralidin depa panggil Pak Ngah. yang baju purple tu Nita.... Desnitasari. Dia sedang mengikuti Ijazah Perguruan. Mak dia cikgu, Pak Ngah dia cikgu, boleh la join family Mak Lang. Boleh buat akademi guru di rumah dia saja.
Saad Othman Sebenarnya dia belajar di Universiti di Medan, tapi ambil cuti seminggu, balik ke Kutacane ....untuk membantu keluarga dia uruskan keperluan kita sebagai tetamu depa ..... memang satu pengorbanan betul ...


Day2, Ahad (24/7/11) Post 37... Menjamu selera, ikan mas totok, manok totok, buah bacang, minuman air buah2an,..... yg lain tu Mak Ndak boleh tolong cerita
bukan totok la... TUTUNG.. maknanya 'panggang'. Orang2 di sini meraikan tetamu dengan makanan yang di masak secara sihat. Tak berlemak dan tak berminyak. Bagus untuk orang yang ada penyakit jantung dan cholesterol. Tak ada seafood pun.
Saad Othman Ingat lagi minum minuman panas bewarna hijau ... munkin assorted fruit kok ...


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 38 ...Yg sedang sedang cedok nasi tu adalah isteri Pak Cik Husin ...
Habsah Othman ya ...itulah Cikgu Heriati yang amat perihatin tentang kebersihan rumahtangga. Dia buat kerja cepat, dia makan pun cepat. Lincah. Dia bangun pagi awal sungguh. Jam 4.00 pagi kot rasanya. Setiap hari
Saad Othman Wa Nab memang selalu dengan tudung putih ni kan?


Day 2, Ahad (24/7/11) Post 39 ...makanan mereka agak berlainan dari kita .... lebih simple, tak banyak rempah ratusnya dan jarang menggunakan santan ..... rasanya macam lebih sihat








Day 2, Ahad (24/7/11) Post 40.... selesai dinner, berfoto utk Mak Njang.
Habsah Othman yang pakai baju kaftan merah tu, Sugiati, isteri Pak Ngah Ralidin (Tok Wa membahasakan anak2nya macam kita di Malaysia,... Pak Ngah dan Pak Cik)...orang panggil dia Mak Jawa.. dia orang Jawa asal dari Medan

Day 2, Ahad (24/7/11) Post 41 ..Yg bersongkok tu Sahirsah, anak sulung Saad ..... Saad adalah anak sulung Darseh .... Darseh adalah adik Tok Wan Ismail, bapa Tok Jah .... yg di sebelah kanan tu adalah anak dia .... they come and join after the dinner

Habsah Othman Sahirsah lah yg mula2 bagi tau kita bahawa nama bapak Tok Wan kita bukan Abd Rahman yg sebenarnya. Itu adalah nama yg dicatat setelah Tok Wan berhijrah ke Malaysia ( nak bagi tau ke Ba Ad?)
Habsah Othman Besah dah cerita kat gambar kubur Tok Salleh tadi. Masa dia mula bagi tau yang nama sebenar bapak Tok Wan adalah bukan Abd Rahman, besah rasa macam amat2 kecewa kerana selama ini kita hanya tahu yg itu, dan itu lah yg kita hafal.. rupanya lain. Terasa amat yg kita ini terlambat memulakan mission ini. Kenapa tidak dari dulu lagi ? ....
Habsah Othman Tak pa... ulang cerita lagi kat gambar ni pun tak pa...Sahirsah lah yg bagi tau bahawa Nama bapak tok wan kita bukan Abdul Rahman. Nama sebenarnya adalah BADAS. Mereka terdiri dari 3 adik beradik lelaki (anak yatim piatu) . KENCANG , BADAS ...dan TUTUK. Tok Badas dapat 3 anak lelaki... BASAL , DARSEH dan SALLEH (mereka ini juga menjadi yatim piatu sejak zaman kanak2 lagi). Wa Nab bagi tau nama sebenar tok wan bukan Ismail, tetapi BASAL. Tok Wan berhijrah ke Kedah dengan identiti baru dan memulakan hidup baru. Mungkin dia ingin melupakan segala penderitaan dalam hidupnya. Maka nama sebenar tok wan kita adalah.... BASAL BIN BADAS... cantik juga nama ni. Ini lah nama dalam versi SUKU ALAS.

Habsah Othman Tok Wan kita mula merantau dalam usia 14 tahun. Wa juga bagi tau BADAS juga dikenali sebagai KHAISMAN ( sebab itu lah tok wan pilih nama Abd Rahman untuk identiti barunya.) Ismail bin Abdul Rahman yang kita kenali sejak kita kecil lagi.
Saad Othman Pada jangkaan Pak Njang ... Tok Wan Ismail (Basal) merantau selama 3 tahun ... bermula dari Tanoh Alas hingga ke Kedah..... besar kemungkinan dia melalui jalan yg sama yg kami naiki mobil hari tu ....perjalanan sejauh 245 km yg kami lalui selama 8 jam dengan mobil .... dia menggambil masa selama 3 tahun ..
Saad Othman perjalanan melalui Tanah Karo itu memang panjang .... munkin dengan berjalan kaki .... dia bergerak dari kampung ke kampung, munkin berhenti di sebuah kampung, menumpang berteduh dan bekerja, kumpulkan sedikit duit dan terus berjalan ke kampung seterusnya .... ini munkin diulangi berkali-kali sehingga dia sampai ke Medan .... kemudian teruskan perjalanannya ke Perlabuhan Belawan di pantai barat Medan
Saad Othman Dikatakan dia menjual sekeping kulit kambing sebagai tambang utk menumpang tongkang membawa kayu bakau ... hingga sampai ke Kedah .... cuma dengan memakai sehelai kain "cukin" yg di buat dengan mengampuh dua helai kain guni gandum ....

No comments:

Post a Comment