Kenangan Petua

Kenangan bersama Othman Sudin & Jah Ismail boleh mengukirkan senyuman bila teringatkan 'Petua-petua' kepada anak cucu mereka.  Walaupun ianya tidak semestinya tepat dari segi hujah ilmiah atau saintifik, mahupun dalil naqli dan aqli, tapi ianya tetap bermakna kepada keturunan yang mewarisinya.  Wallahu'alam.

Petua
Insiden
Cara mengatasinya
1
Bila mata terkena/masuk cili sewaktu menumbuk sambal
Makan secubit garam
2
Tercekik nasi sewaktu makan
Jangan minum air sebaliknya hanya memusing pinggan pelahan-lahan sehingga hilang tercekik, baru minum air.
 
3
Bila darah dari bekas gigitan pacat atau lintah terus mengalir
Bakar kekabu (dari bantal), semasa masih panas berbara, lekapkan ke atas tempat gigitan. Aduiiiii!!!
4
Bila air masuk dan tersekat dalam telinga sewaktu mandi
 Masukkan semula sedikit air ke dalam telinga, tunggu sebentar, dan terbalikkan untuk mengeluarkannya (teknik priming gitu)
5
 
 
6
 
 
7
 
 
8
 
 
9
 
 
10
 
 

 

 

Petua
Larangan
Akibat yang cuba dielak
1
Hempedal ayam tak boleh dimakan
Nanti susah bersunat
2
Tak boleh tunjuk pelangi
Takut jari kudung. Kena bengkokkan jari kalau tak tunjuk.
3
Tak boleh tunjuk pelangi
Takut jari kudung. Kena bengkokkan jari kalau tak tunjuk.
4
Anak dara jangan menyanyi di dapur
Nanti kahwin dapat suami orang tua
5
Jangan makan leher ayam
Nanti bersanding leher terkulai
6
Jangan kata bayi ‘gemuk’
Katakan ‘semangat’, takut jadi kurus
7
Jangan makan kepala ikan
Nanti jadi bodoh
8
Jangan meniarap dengan mengangkat kaki
Nanti mak mati cepat.
9
Tak boleh gigit kain atau baju
Nanti gigi berulat
10
Jangan duduk atas bantal
Nanti punggung jadi bisul
11
Jangan makan nasi di senduk
 
12
Jangan bersiul di dalam rumah
 
13
Jangan lambung  baju ke dalam rumah melalui tingkap
 
14
Makan sisa anak
Anak jadi degil
15
Tidur lepas makan
Nanti perut buncit
16
Dua orang jangan meniup utk menyalakan api serentak
Nanti jadi bisu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Nota: Kepada anak cucu dan cicit Wan Man & Tok Jah, please don't take these too seriously...k!?
 

2 comments: