Leluhur Kutacane

Kutacane Menyambutku Dengan Sentuhan . . .



Penulis: Habsah Othman







23 Julai 2011 mengukir sejarah kepada keluarga Othman Sudin (ayah) dan Jah Ismail (Ibu) bilamana kami dapat menyusuri bumi Tanoh Alas untuk men ............ sambunglah secukup rasa





Basal Bin Badas adalah Ismail Abd Rahman

Basal Bin Badas sewaktu merantau membawa diri, meninggalkan kampung halaman dan keluarga dek keperitan hidup dan membawa hati yang pilu telah menukarkan nama asal beliau kepada Ismail Bin Abd Rahman. Dengan hanya berbekalkan Kain Cukin, beliau berhijrah meninggalkan Tanoh Alas untuk mencuba nasib di negeri orang, Tanah Melayu. Dua orang adiknya, Salleh & Darseh, meneruskan hidup di Tanah Alas dan tidak berpeluang bertemu dengan Ismail sehingga akhirnya hayatnya. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Akar Peluru, Alor Setar, Kedah.

Perjalalan Dari Malaysia

Kami bertiga menaikai pesawat berasingan. Saad dan Zuraidah menaiki pesawat dari Pulau Pinang, manakala saya dari Kuala Lumpur. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 70 minit telah menemukan kami di Lapangan Terbang Medan.

Semasa di atas pesawat, pemuda di sebelah aku dengan bersahaja bertanya, 'Kak, balik kampung ke?' Aku tersentak dan menjawab, 'Tak, saya orang sini. Kenapa, nampak macam orang Indonesia ke?'. Dia tersenyum saja. Mungkin ada kebenarannya kerana sememangnya di sebalik raut wajahku pasti terukir wajah seorang yang berketurunan Tanah Alas. Umpama sirih pulang ke gagang, pulang dengan seribu persoalan. Keaslian di raut wajah, tiada yang dapat diselindungkan.

Lantas, aku yang dah memang terkenal dengan sifar peramah, terus menyambung perbualan sambil mengenakan tali pinggang keledar, 'memang pun nak ke Acheh, kampung datuk saya. Tapi tak pernah pergi lagi sebelum ni. Datuk sendiri pun tak pernah balik.' Panjang pula celoteh aku yang tak putus-putus sehingga nampak seperti resah saja air mukanya. Aku sengaja beraleh cara dengan bertanyakan khabar dia dan isteri pula.

Di sepanjang perjalanan nun tinggi di awan, sedetik pun tidak dapat aku beralih fikiran daripada mengenangkan saat-saat akhir hayat Tok Wan Ismail yang tinggal serumah dengan kami. Terfikir juga bagaimanakah cerita sebenar sehingga beliau berhijrah mencuba nasib di Malaysia dari tempat tumpah darahnya yang begitu jauh jarak perjalanannya. Pati ada satu sumber desakan yang amat kuat sehingga Tok Wan mampu mencapai impiannya degan keadaan yang serba kekurangan.
Seiring aku melayan kenayangan silam, perbualan ringan dengan pemuda tadi dan isterinya juga berterusan sehinggalah kami bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang.

Pengalaman untuk melalui proses pemeriksan Imigresen sudah memberikan sesuatu yang menarik untuk diceritakan. Sebaik tiba, pegawai imigresen yang lengkap beruniform kelihatan tegas dan berdisilpin, mengambut passport antarabangsa yang saya hulurkan beserta senyuman. Mungkin ada yang menggagap aku yang berwajah mirip orang Acheh ni, balik kampung untuk menziarahi keluarga.

Semasa pemeriksaan passport, pegawai Imegresen bertanya
“ Rencana nya berapa lama ibu di sini..? ” Aku menjawab ” seminggu”...
Dia terus bertanya, ” tinggalnya di mana nanti atau ibu ada saudara di sini ? ”... aku terfikir, tahu saja orang ni aku ada keluarga di sini........Aku tersenyum dan terus menjawab ’Iya, ada keluarga di Aceh. Akan tinggal di sana .”

Sebaik saja aku keluar dari balai ketibaan, terus terpampang di depan mata plakad yang tertulis:

"ENCIK SAAD OTHMAN / HABSAH
DAN ISTERI"

Aku terus tersenyum dan menuju pada orang yang memegang kertas majong warna putih, walaupun sebenarnya aku tak mengenali siapa mereka itu. Aku terus bersalaman dgn anak remaja dan bertanya ..’ini siapa?”. Dia terus menjawab, ”anak Husin”......Oh, rupanya sepupu ku telah merancangnya dengan baik. Anak saudaranya Hamdani dan anak nya sendiri Fachrurrozi Ramadan telah menunggu dgn sabarnya.

Terasa nak menitis air mata gembira. Tadi risau juga kerana aku keseorangan dari KLIA dgn pesawat MAS. Sedangkan Abang Saad dan Kak Zuraidah dari Penang dengan pesawat AIR ASIA.

Husin juga ada menunggu kami. Kelihatannya Husin amat kurus. Dulu masa aku berjumpa dengannya di Jakarta pada tahun 2002, dia tidak sekurus ini...mungkin dia tak sihat fikir ku. Tapi dia amat ceria menyambut kami. Abang Ad sampai sejam selepas aku sampai.

Jam 12.00 kami mula berangkat ke Aceh. Tapi sebelum itu Husin ajak singgah makan SOTO di Rumah Makan di pekan Medan.

Ini adalah kali pertama aku sampai di Medan. Pemandangan pertama membawa aku mengimbau kembali kenangan semasa berada di Jakarta pada tahun 2002 hingga 2006. Tak banyak bezanya. Pekan yang sebok, nampak kelam kabut, dan bangunan yang rapat2. Semua pemandu kereta di sini suka sangat membunyikan hon. Ini membuatkan telinga rasa bingit. Kami tergelak, sebab pemandu kereta yang kami naiki, iaitu Hamdani asyik membunyikan hon sajaIni adalah kali pertama aku sampai di Medan. Pemandangan pertama membawa aku mengimbau kembali kenangan semasa berada di Jakarta pada tahun 2002 hingga 2006. Tak banyak bezanya. Pekan yang sebok, nampak kelam kabut, dan bangunan yang rapat2. Semua pemandu kereta di sini suka sangat membunyikan hon. Ini membuatkan telinga rasa bingit. Kami tergelak, sebab pemandu kereta yang kami naiki, iaitu Hamdani asyik membunyikan hon saja

Makanan


Di sana , kami dilayan dengan penuh mesra dan hampir setiap rumah menyediakan menu masakan yang hampir sama.; Manok Tutung (dalam Bahasa Alas), yg membawa makna Ayam Panggang dan juga Ikan Mas Tutung (Ikan Talapia Bakar). Mungkin itu adalah antara menu yang paling istimewa yang biasa mereka hidangkan pada tetamu yang datang dari jauh.

Cara masakan mereka kebanyakannya jenis panggang dan rebus atau kerabu. Tiada yang bertumis dan bergoreng maupun yang bersantan. Sekali fikir, bijak juga mereka menjaga diet pemakanan. Bagus untuk mencegah masalah tahap cholesterol tinggi, yang sering di alami oleh masyarakat Malaysia sekarang.

Seminggu kami di sana langsung tak jumpa makanan laut. Mungkin kerana kedudukan Aceh Tenggara (atau panggilan Tanoh Alas) di kawasan pendalaman, yang sememangnya jauh dari laut, maka makanan laut menjadi terlalu mahal di sana. Langsung terlintas pada suami ku , Ustaz Halim yang mengalami masalah asid tinggi dalam darahnya (iaitu penyakit gout), akibat terlalu suka makan makanan laut. Dan aku sendiri yang ada penyakit allergy (resdung) , elok juga kalau dapat pantang macam ni. Bukan sengaja pantang, tapi tak jumpa.

Kami dibawa berjalan ke pasar dan aku lihat ada juga dijual sotong dan udang, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin juga harga nya mahal, barangkali.

Satu kebanggaan kami di sana kerana telah berjaya memperkenalkan ’cempedak goreng’. Mereka tak tau pun selama ini bahawa cempedak tu boleh di goreng Mungkin mak saudara ku (Wa Jenab) sendiri lupa untuk memperkenalkannya sejak dari dia mula datang dan menetap di Kutacane. Dan mereka juga tak pernah makan Roti Canai. Mungkin kerana tidak ada pengaruh ’mamak’ atau ’India’ di Indonesia secara umumnya. Ya , satu hari nanti aku nak ajar mereka buat Roti Canai...... siap buat kuah dal sekali... in our NEXT MISSION.

Hidangan Makanan

Satu kelainan yang aku dapati di sini, cara menghidangkan makanan yang berbeza dari masyarakat Melayu Malaysia. Kalau untuk makan 10 orang, mereka akan hidangkan setiap menu dalam pinggan yang kecil-kecil. Dan satu jenis menu tu untuk setiap orang atau paling tidak untuk dikongsi oleh 2 orang. Contohnya, ikan masak asam pedas , sayur pucuk ubi campur pucuk labu dan kerabu pucuk ubi . Tapi kuantiti nya macam boleh di makan 2 orang. Ayam panggang diletakkan dalam 2 pinggan besar, iaitu separuh ayam bagi setiap pinggan .Ada 2 pinggan untuk 10 orang makan. Ikan Mas juga begitu. Ikan jenis yang besar, seekor dalam 1 pinggan. Ada 2 pinggan disediakan.

Tapi secara keseluruhannya, masakan mereka tidak jauh beza nya dengan masakan Melayu Utara Malaysia. Kebanyakan makanan jenis yang tak pedas. Cumanya ada sepupu ku yang isterinya orang Jawa, pecalnya amat pedas, tetapi amat sedap.

Setiap orang akan dapat satu mangkok air basuh tangan. Macam cara kita dilayan di kedai nasi padang. Dan satu helai sapu tangan (atau tuala tangan) bagi setiap orang. Dah lama kita tak guna sapu tangan, asyik pakai tisu saja,kan. Anak2 kita pun dah tak kenal sapu tangan lagi.

Cara Hidup

Kebanyakan orang kampung di sini mengusahakan sawah padi, disamping tanaman koko dan jagung. Mereka tanam jagung bukan untuk dijual mentah atau secara segar. Tetapi mereka keringkan, dan asingkan biji jagung dari empulurnya. Ada peraih dari Medan yang datang membeli jagung2 yang telah pun diisi dalam guni. Jagung ini dihantar ke kilang memproses tepung jagung. Ada juga yang menanam pokok kemiri. Buah kemiri atau di Malaysia dipanggil Buah Keras, digunakan untuk melemakkan gulai atau sayur menggantikan santan.

Pemergian Tok Wan Ismail

Selepas kematian Tok Mah di Kampung Lancok, Tok Wan berkahwin dengan Tok Minah (orang Megat Dewa). Lebih kurang dalam tempoh 2 tahun lebih, Tok Wan buat keputusan untuk tinggal bersama kami. Dia buat keputusan menceraikan Tok Minah. Dan tinggal bersama mak. Arwah mak adalah merupakan anak perempuan Tok Wan yang bongsu setelah 2 adik lelaki nya meninggal masa umur remaja lagi. Aku tak ingat tahun bila Pakcik Mahmud meninggal, tapi Paksu Arshad meninggal masa aku berumur lebih kurang 3 tahun rasanya. Maksudnya mak dah ada 6 orang anak waktu adik bongsunya meninggal. Kata arwah mak, Pakcik meninggal 2 tahun sebelum Paksu meninggal.

Antara adik beradik kami, Abang Isa lah , sebagai anak yang sulung, yang mempunyai banyak kenangan bersama dengan Pakcik Mud dan Paksu Cat (panggilan singkat bagi Arshad).

Kalau tak silap, Tok Wan mula menetap terus dengan kami dalam tahun 1979/1980 . Kesian Tok Wan, tinggal bersama kami di Flat Polis Alor Setar dalam keadaan nya yang sudah agak uzur, maka dia tak pernah lagi berpeluang bersolat jemaah di surau atau masjid. Walau bagaimanapun, dia tetap meneruskan amal ibadahnya seperti biasa, malah lebih menyenangkan lagi berbanding keadaannya di kampoung yang terpaksa mencedok air dari perigi. Semua yang berlaku dan ditakdirkan , pasti ada hikmah di sebaliknya.

Abang ku (Saad Othman) pernah bertanya pada Tok Wan,
”Nanti kalau Ad dah habis belajar, dah kerja, Ad bawa Tok Wan balik Aceh, Tok Wan nak tak?. Tok Wan hanya menjawab ”tak payah lah, Tok Wan tak mau balik ke sana”. Abang Saad telah cuba beberapa kali bertanya soalan yang sama. Jawapannya tetap sama, tak mau. Sampaikan arwah mak pernah kata, ”sudahlah Ad, dah tok wan tak mau tu sudahlah”. Sejak itu , kami semua terutama Abang Saad menyimpan tanda tanya, kenapa kah Tok Wan tak mau pulang ke tanah kelahirannya.? Apakah yang menyebabkan dia jadi begitu?.

Dia mula merantau meninggalkan kampung halamannya :

Simpang Tiga Biak Moli,
Kutacane, Aceh Tengah.

Alamat ini lah yang Tok wan tulis atas sehelai kertas kecil , yang telah ku simpan sejak tahuin 1981 (sebelum Tok Wan meninggal) hinggalah tahun 2002 apabila aku mula cuba menulis surat tanpa ada keyakinan yang surat tu akan sampai ke destinasinya.

Surat yang ringkas ku tulis kepada Wa Zainab (anak tok wan yang sulung yang telah berkahwin dengan orang Aceh dan terus menetap menjadi warganegara Indonesia). Alhamdulillah sebulan selepas itu aku mendapat surat balasan dari sepupu ku Ahmad Husin, anak Wa Zainab. Alamat terkini, Kutacane berada dalam Kabupaten Aceh Tenggara . Ini adalah berdasarrkan struktur pentadbiran yang telah bertukar. Rupanya dalam sebuah pekan yang sederhana itu , sepupu ku adalah Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil , Aceh Tenggara.( kalau di Malaysia lebih kurang sama dengan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri).

Sesungguhnya Wa Zainab lah yang menjadi tali penghubung yang membuatkan kami bertekad untuk menjalin hubungan silaturrahim antara kaum keluarga di Kedah dan Kutacane. Kami masih ada mak saudara di sana yang kami tidak pernah kenal sejak lahir. Wa berhijrah ke sana sebaik dia sebagai kakak yang sulung telah menguruskan majlis perkahwinan mak dengan abah.

Pemergian kami ke sana pada 23 Julai 2011 hingga 30 Julai 2011 telah berjaya menjejaki dan mencari hampir semua kaum keluarga dari keturunan Tok Wan yang masih ada di Kutacane, Aceh Tenggara. Kami berjaya menemukan anak, cucu serta cicit kepada dua orang adik-adik Tok Wan yang ditinggalkan semasa dia merantauke Kedah. Pada masa tu usia Tok Wan baru 14 tahun. Lawatan ini juga telah berjaya menjawab persoalan yang kami simpan sejak sekian lama. ”Kenapa Tok Wan merantau ke Kedah?”


Mengimbau kenangan bersama Tok Wan.

Pada tahun 1980, aku menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC). Kalau sekarang setaraf STPM. Adik ku Mohammad pula menduduki peperiksaan SPM. Sepanjang tempoh menunggu keputusan peperiksaan, kami banyak menghabiskan masa di rumah dan banyak lah peluang melayani Tok Wan dalam keadaannya yang agak uzur.

Sebelum ini, Tok Wan adalah bekas imam di madrasah yang diusahakannya sendiri, di Kampong Lancok , dalam daerah Kota Setar, Kedah. Sepanjang hidupnya, selain mengusahakan sawah, Tok Wan juga merupakan guru mengaji Quran dalam kampung tersebut. Semua anak-anaknya khatam al-quran dan mewarisi pembacaan al-quran yang baik. Abah ku juga merupakan salah seorang murid Tok Wan, sampailah menjadi menantunya. Bertuah abah dapat kahwin dengan anak tok guru sendiri.

Walaupun dalam kedaan uzur, Tok Wan tak pernah meninggalkan ibadah solatnya. Tok Wan sentiasa menyempurnakan solatnya di awal waktu. Kalau kita sekarang jarang dapat solat di awal waktu. Sebok sangat kononnya,…hai .. entahlah. Masih ingat lagi pada suatu hari,

”Besah, dah masuk waktu zohor ka? tanya Tok Wan yang telah siap sedia mengambil wudhunya.

”Eh, Tok Wan ! awal lagi ni. Nanti masuk waktu Besah bagi tau ”. Begitu lah selalunya. Sambil tu Tok Wan akan mengaji dulu, atau berzikir.

Selalunya mak suruh tanyaTok Wan nak makan dulu atau nak solat dulu. Kadang-kadang kalau dia lapar dia akan minta disediakan makanan dahulu. Tapi selalunya Tok Wan lebih suka makan tengahari selepas dia solat zohor. Jadi sambil Tok Wan solat, aku dengan mak akan siapkan hidangan nasi untuk Tok Wan di meja makan kat dapor. Ya lah, duduk di Flat Polis yang kecil tu, ruang tamu yang kami sediakan katil untuk Tok Wan bukanlah jauh sangat dengan ruang dapor. Sepuluh langkah lebih sikit dah sampai dapor. Tok Wan akan memulakan doa yang panjang sebelum makan. Cara makan nya memang tertib dan tidak kelam kabut. Tapi selalunya semuanya dihabiskan dengan sempurna. Tidak membazir. Melainkan kalau antara menu yang dia tak suka, dia tinggal jugak. Kebiasaannya kami biar Tok Wan makan sorang-sorang. Sejak dari muda , dia suka makan dalam keadaan tenang. Tak diganggu dengan gelagat anak cucu. Tapi aku yang jenis suka bersembang ni, suka jugak tunggu tengok Tok Wan makan, sambil sembang sikit-sikt. Kadang –kadang aku ’promote’ dia suruh makan banyak-banyak bagi sihat.

”Tok Wan makanlah lauk tu, sedap tu. Kalau suka Tok Wan hirup lah kuah dia.” kataku menyuruh Tok Wan habiskan lauk ikan masak asam pedas. Masakan air tangan arwah mak memang tiada tandingannya. Mungkin mak juga mewarisi cara masakan Tok (ibunya yang terlebih dulu meninggalkan Tok Wan kerana menderita sakit kencing manis) .

”Dah la tu, Tok Wan kenyang dah. Alhamdulillah ” jawab Tok Wan sambil mengucapkan syukur atas rezekinya pada hari itu. Akhirnya, aku lah yang menghabiskan apa-apa yang Tok Wan tinggal. Senang, kan, boleh kemas dan basuh pinggan.

Selesai makan. Tok Wan selalu duduk-duduk di depan. Nanti dia akan panggil.

”Besah, dah solat dah, bawa kertas dan pen, Tok Wan nak tulis sikit ” . Aku memang selalu kena bersedia, Tok Wan rajin menulis, ada saja doa-doa yang dia nak bagi. Tapi sayangnya, aku simpan dan terus simpan , sampai tak ingat dah kat mana aku simpan. Hai, teruknya. Tapi syukurlah aku berjaya simpan alamat kampung halaman Tok Wan di Aceh yang dia tulis atas sehelai kertas kecil saja. Hampir kesemua kami adik beradik boleh hafal alamat tu sebenarnya. Tapi tak ada siapa yang nak mula dulu bertindak mencari salasilah keturunan Tok Wan. Mungkin tindakan Tok Wan menyalin semula alamat tu atas kertas untuk ku, dengan harapannya agar adalah salah seorang di antara cucu-cucunya yang berusaha menjejaki kaum keluarganya di sana. Alhamdulillah, kalau tidak kerana kertas keramat tersebut, mungkin aku juga tak terasa nak menulis surat pada Wa Zainab di Aceh. Dan juga kerana takdir Allah menentukan suami ku Ustaz Halim Ahmad ditugaskan sebagai Atase Agama di Kedutaan Malaysia Jakarta, menyebabkan aku cuba menulis surat dari Jakarta. Ya lah, aku terfikir juga, surat ini datang dari Indonesia jugak, mesti lah taiada masalah walaupun tak lengkap dan tiada nombor poskod. Dan akhirnya kami dapat menjejaki leluhur keturunan kami dari Kutacane, Aceh Tenggara.



Jah Ismail - adik manja Zainab di Kutacane


Bonda tersayang, Jah binti Ismail merupakan anak ke 5 daripada 7 orang anak-anak Ismail b Abd Rahman bersama Halimah Mat Saman. Namun, kedua-dua anak lelaki mereka telah lebih awal kembali ke rahmatullah. Menjadikan Jah sebagai anak 'bongsu' yang sering bermanja dengan kaka sulungnya Zainab Ismail.

Zainab telah dikahwinkan dengan Kubah/Abdullah Bin Majid dan kemudian berkahwin dengan abang iparnya, Daud Bin Majid, selapas kematian suaminya Abdullah. Zainab pernah menceritakan bagaimana beliau cuba mengelak dari dikahwinkan dengan Daud kerana tidak ingin bermadu dan ingin pulang menetap bersama keluarga di Malaysia. Namun, apakan daya, atas alasan untuk menjalinkan hubungan antara keluarga di Malaysia dan Kutacane, Zainab turutkan kemahuan keluarga dengan hati yang pilu. Sehingga ke hari ini, Zainab bermastautin berjauhan dengan kesemua adik-adik beliau Yah, Nah, Jam & Jah. Yah dan Jam masih menetap dengan anak-anak masing-masing, manakala Nah, Jah, Mahmud & Arshad, termasuklah Ismail dan Halimah semuanya telah disemadikan di negeri Kedah Darul Aman.


Hubungan Kekeluargaan

Secara umumnya hubungan sesama ahli keluarga di Simpang Tiga Biat Moli memang sangat intim jika dibandingkan dengan kita di Malaysia, khususnya seperti di bandaraya Kuala Lumpur yang saban hari sibuk dengan isu yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Dengan kehidupan yang serba sederhana, seuah keluarga yang besar mampu berkongsi tempat berteduh dengan kemudahan dan peralatan hyagn serba sederhana. Tiada kemewahan atau pun pembaziran, namun kebanyakan rumah memiliki kemudahan TV Satelite.

Buat adik-adik ku, Mohammad, Aminah dan Pandai :

Terlalu banyak untuk dikenang, tapi masa dulu kita semua tak pandai menilai erti kasih sayang seorang datuk. Kak Besah masih ingat lagi, masa mandi di telaga di rumah Tok Wan. Kak Besah selalu suka main-main dengan timba telaga tu. Nak cuba cedok air walaupun tak pandai. Akhirnya tali timba terlepas, timba pula jenis besi, jadi dia berat dan terus tenggelam. Masa tu yang ada kat telaga, Kak Yah, Kak Mah, Abang Ad dan Kak Besah saja. Semua terjerit-jerit panggil mak, Tok Wan pun datang dari arah tempat dia tambat lembu. Dengan hanya pakai kain cukin Tok Wan terus turun dalam telaga dan ambil timba tu. Tok Wan tak pernah marah. Cuma dia kata ”lekas cepat sapa nak mandi mai Tok wan juruih, tak payah buat sendiri. Ni nak main ja ni. ”.. masing2 beratur, tadah je muka minta Tok Wan juruih. Masa tu Kak Besah kecik sekali, umur 6 tahun rasanya, mesti la yang pertama Tok Wan juruih.

Kadang-kadang tu pulak, bila nak mandi , Tok Wan akan cedok air siap-siap, masukkan dalam besen besar. Nanti kami akan cedok dengan gayung atau tin susu yg Tok Wan dah buat khusus untuk cedok air untuk mandi. Bila dah penat, Tok Wan kata ” dah la tu, mandi cepat-cepat. jangan main-main. Tok Wan nak buat kerja lain pulak”

Tak berapa lama lepas tu , ada lagi peristiwa timba jatuh dalam telaga. Kak Yah dan Kak Mah kata .... ’ Besah ni, dia selalu bagi jatuh timba, kesian kat Tok Wan nak ambil nanti. Tapi kita nak mandi macam mana pulak ? ”... masing2 terjerit2.. ”Tok Wan !!!... timba jatuh dalam telaga. Besah ni.......dia........”

Balik dari telaga (laluan ke telaga lama mesti jumpa pokok petai dulu). Pokok petai tu tinggi sangat dan tumbuh pulak kat tanah tinggi sikit. Jadi sambil main-main lari turun-naik bukit tu dulu. Kak Besah suka ikut apa saja yang Ba Ad buat. Nanti Kak Yah dan Kak Mah akan marah..... ”Besah ! jom balik cepat. Nanti mak marah , dah lama ni...” Kadang2 sambil tengok Tok Wan bagi lembu minum air dulu. Sekali lembu tu pusing tengok Kak Besah, haa, baru menjerit , tau takut kat lembu.

Masa tu Mad dan Nah kecik lagi... tak join kami main. Mad 4 tahun, Minah baru setahun. Mak kena lah mengasuh Mad dan Nah dulu sementra kakak-kakaknya pergi mandi. Kalau lambat mak marah sebab mak nak masak pulak, dah tengahari.

Itu lah kisahnya..... kalau sekarang Kak Besah selalu marah dan membebel... Zaki! Zaki! Zaki! ...., ada ada saja... Tapi satu ketika dulu.... orang akan terjerit2.... Besah! Besah! Besah! ..... ada banyak lagi cerita selepas ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Uniknya Sejarah & Kehidupan di Kutacane

Saad Othman
Posting Reminder:
Kepada adik beradik semua dan semua anak penakan, tengok2lah gambar dalam Posting2 ni dan ikutilah ceritanya sekadar yg termampu. Komen2 yang bernas dari anda semua adalah sangat penting untuk kami melengkapkan cerita2 ini. Jadi buatlah komen keatas posting yg dimuatkan disini (setakat ini dah ada 188 Posting).

Setakat ini nampak macam kebanyakan komen, Mak Ndak yg buat ... sekali sekala Mak Njang yg buat ... akhir ni Mak Cik pula yg buat. Pak Teh munkin tengah concentrate kat kerja terbaru dia ... that's is adapting material dalam FB Family Kutacane ke "Blog Kutacane" dia. Anak penakan, so far Sarah, Aisyah dan Ida ... yang lain2 tu Pak Njang tak pasti ... sorry kalau Pak Njang missed nama sape2 ok.

Komen dan soalan dari kita semua juga akan stimulate Mak Ndak, Pak Njang dan Mak Njang untuk terus bercerita .... dalam menjawap soalan atau respond kepada apa yg dipaparkan .... secara tidak langsung, ia kan melengkapkan lagi penceritaan kami. Bila setiap Posting telah habis di komen .... dah agak settled, barulah Pak Teh boleh ambil dan adapt ke dalam Bolg Kutacane dia.

Kepada keluarga di Kutacane; Pak Cik Husin dan Makcik Heriati, Pak Ngah Ralidin dan Mak Ngah Sugiati ..... dan anak2 saudara: Mahadir, Yesi, Nita, Roji dan Maulana ... juga diminta kerjasama untuk membuat komen keatas semua Potsing yg terbadap di FB Family Kutacane ini ( setakat ini terdapat 188 Posting). Tujuan dan matlamatnya adalah sama seperti yg saya nyatakan diatas. Setakat in Pak Njang lihat Yesi dan Nita sudah respond beberapa kali ... terima kasih banyak... dan cuba dapatkan sepupu2 yg lain untk join.

Bila semua bahan utk FB Family Kutacane ini telah lengkap, baru best kan ... pasti Tok Wa akan happy, Tok Mutalib juga akan happy dan Tok Saad serta Tok Hatmah akan gembira juga ... dapat melihat family kita di Kutacane secara menyeluruh .... (Harap mereka semua ada komputer dan internet di rumah mereka).

Bila itu semua dah Ok ... barulah kita boleh buka FB Kelurga Othman / Jah kepada family di Kutacane pulak. Harap2 lepas semua family akan ada FB nya sendiri .... baru best kan.

Salam dari
Pak Njang
RAHSIA KAIN CUKIN 

Habsah Othman Pilu hati tak terkata.. mak ndak menangis bila melihat kubur ini. Ini lah adik Tok Wan Ismail. Banyak penderitaannya.. semasa abang sulung nya, Ismai meninggalkan mereka 2 beradik di kpg. Tok Ismail mula merantau masa umur 14 tahun dengan niat nak mencari ilmu di Kedah dan membawa hati yang luka kerana penderitaan hidup. Tok Wan Ismail hanya merantau dgn sehelai kain yg dipakai yg diperbuat dari kulit kayu.
Asal usul kain cukin tok wan hanya lah dari kulit kayu, sebelum dia berjaya mengubah hidupnya kepada sehelai kain cukin dari guni tepung gandum (iaitu kain belacu).



Ahmad Din
Rahsia "kain cukin" yg Pak Njang bawa selama ni terjawap juga ..... kalau diperhatikan secara luaran, orang Alas tak bawa kain cukin .... tapi semasa dalam perjalanan melalui Tahah Karo kami perhatikan kebanyakkan depa bawa kain cukin di ba...hu mereka .... munkin ini yg Tok Wan Ismail "pick-up" semasa dia merantau selama 3 tahun melalui Tanah Karo .... lagi pun cuma sehelai kain itu saja lah harta yg ada pada dia waktu itu .... Itulah seluarnya, itulah bajunya, itu lah selimutnya, itulah tualanya ....
Tapi ini juga munkin budaya sejak bapa dia Badas tinggal sebagai suku Pakpak di daerah Dairi lagi .... sebab menurut Ahmad Din semasa dia merantau ke Dairi, menyusuri leluhur suku Pakpak, dengan izin datuknya Tok Salleh ..... dia kata memang suku Pakpak memakai kain cukin .... tapi waktu dahulu mereka cuma memakai "cukin" yg dibuat dari kulit kayau saja
Ahmad Din yg buat keputusan untuk menyusuri leluhur Pakpaknya ... bukan dengan arahan Tok Salleh ......dek kehendaknya yg begitu kuat... akhirnya Tok Salleh benarkan juga .... tapi Tok Salleh latih dia dulu dengan segala ilmu yg perlu sebelum memasuki Tanah Pakpak di dairi .... sebab banyak ujiannya disana ..... setelah lulus segalan ujian itu, barulah dia dibenarkan kembali ke Tanah Pakpak yg sangat mystery ......

Keunikan Tanoh Alas

Awaiting Content From Saad

6 comments:

  1. Mad, nampaknya semua hasil penulisan dulu masih ada..ingatkan Mad kata dah hilang.

    ReplyDelete
  2. Mad, masih boleh edit atau sambung cerita ke kat sini

    ReplyDelete
  3. Paknajang baru masuk semua, belajar semula tengok blog

    ReplyDelete
  4. Mad, Kak Besah sedang draf buku kedua Kisah Tok Wan. Rasanya Kak Besah nak mula curahkan idea di sini dulu . nanti boleh juga siapa2 nak sambung

    ReplyDelete