Memoirs of Pandai


My memories of Mak


Allahyarhamah Jah Binti Ismail
These are the various random things or events, or maybe just some of the simple and pleasurable moments in time that so reminded me of Mak:

Minyak wangi “Santalia”

Ini minyak wangi special Mak. Every time dia bukak almari baju dia masa kat rumah Kuala Aloq dan spray minyak wangi ni, Ndai tau dah – ni mesti nak pi makan kenduri! Dan pada ketika itu jugak lah Ndai akan start pening dan nak muntah walaupun belum naik bas lagi…! Mak juga akan pakai sanggul palsu dia. Ndai tanya one time tu, “Pasai apa Mak pakai benda ni”. “Nak bagi cantik lah…”, Mak jawab. Ya, Mak memang cantik masa tu. I remember walking with her to the bus stop and she held my hand tight; making sure I’m on the safe side of the road. I can still smell the Santalia perfume on her maroon-coloured lace selendang and as I look up to her – there’s the most beautiful woman I ever known.

M Daud Kilau


Kalau Mak tengah masak kat dapur, tiba-tiba kat radio ada lagu M Daud Kilau. Mak akan berhenti dan lari pi dengar ataupun dia jerit, “Kuat sikit, kuat sikit…!” Tak tau lah kenapa dia minat sangat tapi dia memang minat sungguh-sungguh dengan M Daud Kilau ni. Lagi satu Mak suka humming lagu-lagu nasyid masa dia tengah buat kerja. Ada orang kata masa Mak muda-muda dulu join group nasyid kat kampung, betul ke?

Gulai ketam dengan nenas

Ini lah masakan Mak yang paling paling sedap! Kalau diikutkan; masa tu, ketam must be the most luxury thing we could afford. Mak bukannya beli ketam besar pun – yang kecik-kecik saja tapi sentuhan tangan Mak buat apa saja jadi sedap. Ketam tu biasanya tak banyak. Cukuplah sorang dapat setengah ekor pun. Kuah dan nenas tu dah cukup membuka selera. Ndai ingat lagi masa tu kat Flat Jalan Kolam Air, Mak masak gulai ketam dengan nenas tu hari Jumaat. Mak suruh Ndai makan sebelum pi sembahyang Jumaat. Ndai makan sampai tujuh pinggan!!! Lepas tu jalan dengan Ba Ad pi sembahyang kat Masjid Zahir, lalu kat sebelah istana lama.

Laksa

This must be Mak punya No. 1 favourite food. Kalau Mak buat laksa, kadang-kadang sampai dua tiga hari kami makan laksa. Masa kat rumah Hutan Kampung, kalau Mak rebus satu peket laksa, Ndai, Mak dan Abah makan sekali hadap saja! Mula-mula makan laksa dengan kuah laksa. Bila laksa dah habis, kami celur bihun pulak. Bila bihun pulak dah habis, kami makan dengan roti pulak. And finally bila roti pun dah habis, kami cicah dengan biskut kering pulak!!! Janji kuah laksa… Mak akan perangat dan perangat dan perangat hinggalah ke titisan kuah yang terakhir. Last sekali, Mak akan angkat mangkuk dan hirup the last drop. And until now I can almost hear her say, “Kita buat lagi nanti na…?”

Ndui

Masa di rumah Hutan Kampung, Abah beli ndui (buaian) letak bawah rumah. Being in boarding school since I was 13, the only time when I spent considerable amount of time at home is during my school holidays. Biasanya lepas makan tengahari, Ndai dengan Mak akan duduk atas ndui bawah rumah tu dan bersembang - biasanya while tunggu masuk waktu “lehoq” (zohor). Kami mesti hayun ndui tu agak laju sambil bercerita. Abah pulak akan tidur atas pangkin dia berbantalkan buah nyiur kering yang dia dah ukir elok-elok buat bentuk kepala dia. Bila ada orang lalu depan rumah, Mak atau Abah akan tegur, “Oittt… nak pi mana tengah-tengah hari tu…?”

Kursus Haji

Masa Mak nak pi Haji first time, Ndai tolong jugak Mak study for her Kursus Haji. Mak akan suruh Ndai tolong bacakan buku Haji tu untuk dia sebab kalau dia baca sendiri lambat. So, Ndai pun akan mintak tidur atas riba dia masa tu (walaupun dah Form 3 kot masa tu!) dan start bacakan untuk dia. Kadang-kadang dia akan try hafal ayat-ayat atau doa dan suruh Ndai check. Sebab tu lah agaknya bila jawab soalan paper Ugama masa SPM, bab Haji Ndai score!

Pokok Ribena, terung belanda dan bunga keembung

Tangan Mak memang “sejuk”. Dia tanam lah apa pun, mesti tumbuh subur! Taman dia yang paling subur ialah yang belakang jamban kat rumah Hutan Kampung. Pokok Terung belanda dia rendang dan lebat berbuah. Kami selalu kutip buat sambal tumis dengan ikan bilis. Fuuhh! Sedap…! Pokok-pokok Ribena dia pulak kami selalu kutip dan rebus buat sirap ribena. Hampas bunga dia tu, kami buat jem. Banyak jugak Mak bagi orang kalau orang main rumah. Last but not least, bunga keembung dia yang bermacam warna – kuning, merah, putih… and sometimes some mixed colours in between. Tangan Mak memang sejuk, dan Mak memang pandai pilih tempat yang paling subur… haha!

Pekan Nat

Masa rumah Hutan Kampung, every few weeks or so, kami dua orang akan naik motor pi Pekan Nat. Kami borong barang-barang bahan mentah untuk masak dan juga apa-apa makanan yang dah siap lain yang kami teringin nak makan. The funniest part is masa nak balik. Bakul raga motor dah tentu-tentu penuh. Lepas tu, antara Ndai dan Mak, Mak akan letak lagi beg plastic – nasib baik Mak kecik so dia still boleh duduk kat belakang. Lepas tu, dua-dua tangan Mak akan penuh dengan beg plastik lagi. Ndai kena pegang dulu beg-beg plastik tu sebelum Mak panjat naik motor kat belakang – lepas tu baru pass balik kat dia. Dengan kaki mengangkang sebab barang penuh kat depan, melelong-lelong kami dua orang naik motor balik rumah. First thing Abah akan kata, “Awat hampa beli banyak sangat ni…? Sapa nak makan?” Tapi lepas tu kami bertiga akan sama-sama makan langsat ka, rambutan ka, apam balik ka, jeruk kelubi ka, atau apa-apa lah yang kami beli…

Bukit Kerbau Beguling

Satu hari tu masa Ndai dok tunggu result SPM (1987) Ndai ajak Mak pi rumah Abang di Kampung Empa. Lepas duduk sat rumah Abang, rasa nak pi rumah Kak Mah pulak. Ndai ingat pernah satu kali Abah bawak Ndai pi rumah Kak Mah ikut jalan shortcut through Bukit Kerbau Berguling tu so Ndai pun ajak lah Mak ikut situ. Rupanya jalan tu tak sesenang yang Ndai ingat. Bayangkan bawak Mak through jalan bukit tengah-tengah hutan tu dan masa tu waktu rembang. Memang “seriau” dan seram. Dah tu pulak sampai satu part tu, lansung tak nampak orang atau rumah orang atau apa-apa yang macam kenal. Mak dok tanya kat belakang, “Betoi ka ni, Ndai?”. Ndai buat-buat confident saja walaupun pun dalam hati suspen jugak. Lama jugak but finally nampak rumah orang, barulah lega sikit. Tapi now jalan tu dah cantik macam highway dah… Later baru Ndai tau pasal apa they call it “Bukit Kerbau Berguling” sebab zaman dulu orang bawak kerbau kot situ but since tebing dia curam sangat, sampai sometime kerbau pun jatuh berguling…! Nasib baik Ndai dengan Mak tak jatuh berguling, kalau tak sapa pun tak tau kami kat situ…

3 comments: