Tuesday, July 26, 2011

Kutacane Day 4 - (26/7/2011)

Post 73 - 111

Day 4, Selasa 26/7/11 , Post 73 .... Mak Ndak dengan "kerja sekolah" dia tiap2 pagi .... lengkapkan semua rekod hari sebelumnya, dan kalau perlu susun semula record sheet ...... kemudian sediakan fresh sheet for that day, dan masukan sebanyak maklumat yg telah didapati sebelumnya..... dan Tok Wa Jenab sentiasa bersama
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 74 ..... Kartu Keluarga Ahmad Husin (anak Tok Wa Jenab).... sila lihat tanda tangan " Kepala Keluarga" dia sign .... dan "Kepala Dinas Kependudukan" pun dia juga yg sign .... segala kad kat sane dia le yg sign
Habsah Othman Sijil Kelahiran dia sign, Sijil Nikah dia sign, Sijil Mati pun dia sign. Tandatangan Pakcik Husin sangat cantik.
Saad Othman disana bila dah jadai adik beradik "kepala Dinas" tu kira dah boleh perasan le ..



Day 4, Ahad (26/7/11) Post 75 ....... Pak Njang dan Mak Ndak sedang meneliti maklumat yg terdapat dalam "Kartu Keluarga" Pak Cik Hussin .... dalam sistem di sana ... setiap keluarga akan dapat kad keluarga macam ini...
Day 4, Selesa (26/7/11) Post 76 .... Gambar sebuah rumah berhadapam dengan rumah Pak CIk Husin ... hampir sama dgn rumah kita disini kan?
Saad Othman Pagi2 memang seronok dok kat depan rumah Pak CikHusin ... lihat kereta di jalanan, beca yg mundar mandir, anak2 kesekolah, kuda di depan rumah dan orang bakar sampah ... Banjaran Gunung Bintang di sebelah Timur dan Gunung Lauser di sebelah Barat
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 77 .... rumah Pakcik Ahmad Husin yg terletak di 281 Perumnas Tanah Merah, Kecamatan Bandar Kutacane, Aceh Tenggara...
Saad Othman semua rumah disana ada area "Parabola" utk TV mereka ... boleh tengok siaran dari seluruh dunia ... kalau tak ada parabola tu, tak adapat le tengok TV


Day 4, Ahad (26/7/11) Post 78 ...... Lepas penat berbincang setiap pagi .... kami berhenti dulu .... kami minum kopi luak .... sejenis kopi yg sepcial ..... yg dipungut dari tahi musang ..... rasanya memang sedap ... satu kilo sampai RM1,000 ....
Saad Othman Dulu asalnya di Filipina ... orang disana kutip biji2 kopi yg diberak oleh musang ... katanya rasa kopinya lebih enak .... sebab ikut teorinya ... ada sejenis musang tu yg cuma memakan buah2 kopi yg tertentu saja, maksudnya dari buah2 kopi yg bermutu ... maka itu rasanya sangat enak ... dan harganya sangat mahal.
Makanya sekarang di Indonesia, terutamanya di Bali ... di ladang2 tertentu, dipelihara banyak musang dan diberi makan buah2 kopi yg terpilih ini .... tapi sistem penghadaman musang cuma boleh menghadam isi (pulpa) buah kopi saja, sedangkan ...dia tidak dapat menghadam biji kopi yg keras itu ... makanya bila dia berak, biji2 kopi itu akan keluar bersama najisnya tanpa terhadam ...macam bila musang makan buah meredin kat Malaysia le
Saad Othman Sebenarnya kopi itu diberikan kepada Pak Husin oleh rakannya ... sangat banyak ... hari2 kami berdua minum kopi itu .... Mak saudara saya kata dia tak lalu ... katanya, kalau dah tahi, tetap tahi ...hehehe

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 79 .... daun "gugut harimau" yg sudah kering .... daun ini yg fresh rasanya kelat, sedikit masam dan sedikit pahit .... bila diamalkan boleh menguatkan dan meningkatkan ketahanan badan ..... bagi harimaa yg dalam pantang, selepas bersali, dia jarang makan, jadi dia bina kekutan dengan memakan daun ini
Habsah Othman pokok ni jenis renek. Harimau yang dah nak bersalin, dia akan siap2 duduk kat tepi pokok ni. Jadi selepas bersalin, dia hanya makan daun ni, sampai lah dia rasa sihat semula. Masa kat rumah Pak Ngah Ralidin, Ahmad bawa daun ni yang fresh. Pak Njang makan, lepa tu dia makan nasi 4 pinggan......Jadi HARIMAU !


Day 4, Selasa (26/7/11) Post 80 ...... buah rotan yg sudah kering, bijinya dimakan untuk mengubat penyakit selsema ..... tanya Mak Ndak rasanya ... dia dah coba rasa hari tu
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 81 ... dirumah Almarhom Tengku Haji Rajamanal, Keturunan Raja Bintang, salah satu keturunan Raja-Raja Alas .... perempuan ini adalah Hajah Iye, isteri Almarhom dan lelaki sebelah Pak Njang tu adalah putera beliau .... rumah mereka terletak dalam bandar Kotacane ....
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 82 .... dibelakang rumah Hajah Iye terdapat makam beberapa orang ahli keluraganya .... termasuklah makam suaminya tengku haji rajamanal dan putera sulungnya Haji Tengku Safaruddin ... dulu pernah datang ke Pulau Pinang utk tujuan perubatan, Pak Njang sempat bertemu dia di hotle dulu ...
Saad Othman Agak lumrah bagi orang Kutacane menguburkan ahli keluarga mereka disekitar halaman rumah mereka ... macam dalam kes Tok Salleh di halaman rumah Ahmad Din di Salim Penim
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 83 ... daun salam (bay leaf) selalu digunakan oleh orang Indonesia dalam masakan mereka .... ada sebatang pokok ni di belakang rumah mereka
Habsah Othman masa kat Jakarta orang bagi petua kat Pak ndak supaya rebus 3 helai daun salam bersama 2 batang serai.. dapatkan segelas air rebusan tu, diminum sebagai ubat gout (asem urat, kata orang Indonesia).
Habsah Othman kalau masak rendang pun boleh bubuh daun ni. Kita bubuh daun kunyit. Sebab tu kalau kita makan rebdang kat Kedai makan nasi padang, kita akan rasa lain sikit bau pada rendangnya.. bau daun salam la tu. Orang Jawa di Malaysia masih guna daun salam. Orang minang pun. Depa akan tanam pokok salam. macam kita kalau pi mana. mesti nak tanam pokok kari. Atas rumah flat pun arwah mak tanam poko kari dalam pasu.
Saad Othman Ya mak rajin bertanam pokok dalm pasu walau kita duduk di rumah flat .... pokok kari, serai, pandan, halia, pudina, sireh dan cabai ... walaupun dgn ruang yg terhad

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 84 .... pandangan depan rumah Almarhom Haji Tengku Rajamanal ... di depannya pokok ceri yg rendang .... dibelakangnya kebun rambutan .... ya kami juga dijamu dengan buah rambutan semasa disitu

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 85 .... Mak Njang dan Mak Ndak posing depan rumah Rajali... just before leaving after having a session with their family ...
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 86 .... Mak Ndak dengan Tok Hatmah, dia adalah adik Tok Saad ... mereka berdua adalah anak kepada Tok Darseh ... Tok Darseh tu adalah adik kepada Tok Wan Ismail ..... Hatmah sekarang belajar ugama di Pesantren, cuma balik untuk ketemu kami ..... Masyallah, besarnya hati dan jiwa mereka
Saad Othman Begitu sedih bila mendenggarkan kisah hidup mereka ....tapi mereka tetap tabah ... ketabahan yg tak munkin ada pada kita semua
Saad Othman perlu pergi lagi ... cuba dokumentasikan kehidpan mereka di gunung selama 20 tahun dgn suaminya, membuka tanah dan kebun ....hairan macam mana depa bolh hidup di gunung selama itu ...
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 87.... di rumah Rajali, atau nama Alasnya Neh ... Rajali ni adalah anak kedua kepada Saad bin Darseh ..... dia pernah ke kedah, pernah ke rumah Pak Ngah Man, mak ngah Yah di Lengkuas beberapa tahun dulu .... Mak Ndak memulakan bicara / taklimat .... its our routine for every session with any family gathering for documentation purposes .... so that our intention iw well understood
Habsah Othman Untuk memulakan bicara memang tugas ' Wanita Alas' ni lah. Lepas tu nanti semua depa senyum. Ada yang gelak.. Depa kata..' seperti orang Aceh rupa nya'... ' sama seperti Hajah Jenab masa muda dulu' ....jiran Neh yang bagi buah kelapa tu siap ajak bergambar berdua dengan dia saja. Dia kata .. 'IBU PERSIS KAYAK ORANG ACEH'... kayak tu 'macam'
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 88 ...rumah Rajali ... disebelah kiri Pak Njang tu adalah Tok Saad, anak sulong Tok Darseh (adik Tok Wan Ismail, bapa Tok Jah) ..... orangnya pendiam, tak banyak bercakap .... kalau berbicara pun lembut .... pernah menjadi buruh paksa masa zama penjajahan Belanda dan juga buruh paksa semasa zaman pemdudukan Jepun ..... kisah hidupnya penuh penderitaan .... terlalu sedih bila kita dengar
Habsah Othman boleh dikatakan 3 beradik yang yatim piatu sejak dari zaman kanak2 ini (Ismail Darseh dan Salleh), semuanya membesar dengan kisah hidup yang penuh ranjau dan duri. Tapi mereka berjaya melahirkan generasi yang berjaya seperti kita sekarang. Syukur Alhamdulillah. Al-Fatihah buat mereka semua.

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 89 .... ada ketikanya Mak Ndak terpaksa tongek dan senget sampai macam ni, untuk memastikan semua maklumat dan nama dieja dengan betul .....
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 90 .... untuk maklumat tertentu, kami meminta mereka menulis sendiri kedalam document sheet kami ... contohnya seperti no hp ... dan terutamanya email address ... kami minta depa tulis sendiri menggunakan pen dakwat merah ( Pilot G-2 0.5) .... sorry Mak Ndak tension betul dgn Pak Njang dalam hal ni .... bukan apa, kalau pen, dakwat dan saiz mata pen tak consistent ... Pak Njang susah nak buat Photographic memory utk tujuan hafalan ... hehehe
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 91 .... yg berT-Shirt puteh ni Rajali, nama Alasnya Neh .... dia lah tuan rumah semasa sessi perbincangan dan documentation tu ... starter kami masa tu adalah tembikai dan buah salak yg dipetik dari kebun mereka sendiri ..... bestkan?
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 92 .... kami saudara lelaki berbincang sesama sendiri utnuk hal-hal tertentu yg ;ebih sensitif, sambil mendengan perbualan Mak Ndak dengan ahli keluarga yg lain ...... ya kami juga dijamu dengan buah rambutan, aqua dan buah kepala muda yg dihantarkan oleh jiran mereka .... bukan setakat mereka, jirannya pun amat baik ..... boleh ke kita layan mereka macam ni, bila mereka berkunjung ke Malaysia nanti?
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 93 .... Mak Ndak yg selalu berada disisi Pak Njang bagi memastikan semua semua dokumentasi betul dan lengkap ..... dan Mak Njang yg sentisa dibelakang kamera .... merakamkan semua sedut dengan sempurna .... terima kasih keduanya kerana bersabar dengan saya ... Pak Njang bukannya cerewet sangat, cuma nak pastikan..... at least semuanya "perfect" .
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 94 ... dirumah Rajali .... Pak Saad bersama Tok Saad ..... ada banyak rahsia lagi yg perlu dicungkil dari Tok Saad ..... Pak Njang pasti kena balik ke Tanoh Alas lagi, secepat munkin .... masa semakin suntuk, terlalu maklumat lagi yg perlu didokumentasikan dari "the survivor" ini
Habsah Othman Ya... SURVIVOR di zaman Belanda dan Jepun.. tapi dia agak pendiam. Mungkin kerana terlalu banyak kisah sejarah pahitnya. Semoga dia sihat dan dipanjangkan umur agar dapat kita dengar kisah hidupnya. Di lain kali kita luangkan masa lebih sikit untuk dia pulak.
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 95 ... dirumah Rajali ... tiga lelaki Alas dari tiga keturunan ..... Keturunan basal (Pak Njang), keturunan darseh ( Tok saad) dan keturunan Tok salleh ( Tok Mutalib) ... satu penyatuan mesti diusahakan
Habsah Othman masa ni lah... kalau di kiri sekali tu duduknya arwah mak kita, Jah Ismail... baru lah satu generasi (pertemuan antara sepupu yg tak pernah bertemu sebelum ini). Jah bt ISMAIL, Saad bin DARSEH dan Mutalib bin SALLEH...


Day 4, Selasa (26/7/11) Post 96 ... apa yg berlaku? ....semua anak cucu memberikan perhatian kepada Rajali .... Mak Ndak atau Mak Njang ingat kot

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 97... rumah Rajali ... anak beranak Rajali ... detail akan diberikan kemudian
Habsah Othman ini, anak Rajali (Neh) yang sulung





Day 4, Selasa (26/7/11) Post 98 ... rumah Rajali .... anak beranak Rajali .. detail akan diberikan kemudian
Habsah Othman ini pengantin baru ni.. baru kahwin bulan Januari kot.. tak dak anak lagi. Nama dia ada kat daftar pak njang. Mak ndak dah lupa.
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 99 .... rumah Rajali ... anak beranak Rajali ... detail akan diberikan kemudian








Day 4, Selasa (26/7/11) Post 100 ... rumah Rajali ... anak beranak Rajali ... detail akan diberikan kemudian
Habsah Othman dia ni yg nama Budiman, kan. pernah kerja di Malaysia, kilang PROTON Shah Alam.





Day 4, Selasa (26/7/11) Post 101 ... rumah Rajali ... anak beranak Rajali ....


Day 4, Selasa (26/7/11) Post 102 ... rumah Rajali ... the best post from the family ... memang mereka sangat memberikan kerjasama .... thank you Mak Njang for this beautiful picture ... nanti kita print dan poskan untuk depa di Kutacane ....
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 103 ... rumah Rajali .... satu lagi gambar .... sebelum berpisah, Pak Mutalib telah berpantun dangan jelas dan tegas ....
"kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi" dia ulangai pantun ini sebanyak 2 kali .....
dan terus berkata,
"kalau begitu aku akan pulang kerumah ku di Tanah Karo hari ini juga... dan aku tungu kalian disana bersama keluarga ku.... lagak seorang pendekar gitu

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 104 ... dirumah Rajali ..... dua Perwira Alas .... yang masih menyimpan banyak rahsia ... yg harus di terokai dan di dokumentasikan .... prepare for the next trip .... may be lead by Pak Teh, with Mak Ndak sebagai guide .... kan dia boleh cakap Indonesia dgn fasih dan rupa dia pun macam orang sana ...

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 105 ... dalam perjalan balik ke rumah Pak Cik Husin .... kami posing di "Simpang Tiga Biak Moli" ... itulah simpang tiganya .... nama yg terpahat dalam sanubari kita semua ... tempat asal Tak Wan Ismail (nama Alasnya Basal), bapak Tok Jah .... sampai juga kami akhirnya di tempat keramat ni ...

Day 4., Selasa (26/7/11) Post 106 .... singgah di kedai handphone (wartel) ... beli SIm card .... kedai TRIDARA No 10 Kutacane (Wiwin yg rekomen)







Day 4, Selasa (26/7/11) Post 107 ,..... wanita Alas berlatar belakangkan Bandar Kutacane




Day 4, Selasa (26/7/11) Post 108 ... lagi gambar bandar Kutacane .. sila lihat beca bermotornya .... unik kan?

Day 4, Selasa (26/7/11) Post 109 ... wanita alas dengan abangnya di Kutacane .... tahun depan bersiap sedia untuk ke negara Siam pulak ... menyusuri leluhur Ayuthia







Day 4, Selasa (26/7/11) Post 110 ... Mesjid Kutacane .... dibelakangnya sedang dibina sebuah mesjid baru .... yg akan menjadi mesjid yg terbesar di Naggroe Aceh Darulsalam ....
Habsah Othman kita ingat pekan Kutacane tu kecik... rupanya di belakang pekan, ada masjd , ada kuarters tentera, kuarters polis.....dan lain2 lagi.
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 111 .... sempat posing lagi, sentiasa bersedia menjadi model .... malam tu kami tumpukan kepada kerja membuat "Kamus Bahasa Alas" ... ni projek Mak Njang .... nanti Mak Njang akan buat posting selepas semua posting Pak Njang selesai ..... terlalu banyak yg perlu dibuat ...
.... Pak Njang dan Mak Ndak sedang meneliti maklumat yg terdapat dalam "Kartu Keluarga" Pak Cik Hussin .... dalam sistem di sana ... setiap keluarga akan dapat kad keluarga macam ini...

No comments:

Post a Comment