Wednesday, July 27, 2011

Kutacane Day 5 (27/7/2011)


Post 112 - 127

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 112 ..... posing dengan Pakcik Husin, Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sibil AGARA (Aceh Tenggara) ... dengan pakaian rasminya ... besiap sedia untuk pergi mengadap Wakil Bupati AGARA ...
Saad Othman Semua pegawai kerajaan di sana (PNS) memakai pakaina seragam utk ketempat kerja ... hari Isnin pakaian lain, Selasa, Rabu, Khamis ... uniform lain,... hari jumaat unifrom lain ... ni unifrom hari Rabu Pak Cik Husin



Day 5, Rabu (27/7/11) Post 113 ... posing dengan Wakil Bupati AGARA, setelah selesai sessi perbincangan dengan beliau .... kalau kat sini kira macam Timbalan Menteri Besar lah ..... perbincangan berkisar kepada Pembangunan AGARA secara keseluruhan, masalah sosio-ekonomi dan dengan penumpuan kepada Pembangunan EcoTourism di AGARA, terutamanya yg melibatkan Gunung Leuser ... yg belum sepenuhnya mendatangkan manfaat kepada penduduk setempat


Day 5, rabu (57/7/11) Post 114 ... posing dengan Kepala Dinas Kependudukan di kantornya .... tapi sepanjang kami disana, dia terpaksa berkerja dari rumah, surat2 dibawa kerumahnya utk ditandatangani ... satu pengorbanan, yg tak mampu kita buat
Habsah Othman
setiap pagi dia akan telefon ke pejabat. nanti akan ada staf dia bawa dokumen2 untuk dirtandatangani... dan macam2 lagi discussion, kemudian baru kami keluar untuk mission seterusnya. Jadi , masa makndak menyemak data2 keluarga kita dan kem...askini, Pakcik Husin pula menyiapkan urusan pejabatnya. Memang padat program kami. Ini bukan program pelancungan, dan juga bukan Mission Impossible...tapi... Mission yang amat bermakna dalam lipatan Sejarah Keluarga kita.See More
Saad Othman Sebab tu lah bila orang tahu Pak Njang nak ke Aceh ... orang kerap kali bertanya ... "pi bercuti ke" .... Pak Njang biasanya menjawap ..." tak, bukan pi bercuti ... saya balik ke kampong, sebab banyak urusan yg perlu dibuat disana" ..... orang pun nampak bingong


Day 5, Rabu (27/7/11) Post 115 .... dirumah Husin, sejenis paku-pakis, punyai rerambut bewarna emas ... katanya munpunyai khasiat melindungi dari perbuatan syihir .... nanti Mak Njang akan jelaskan ...






Day 5, Rabu (27/7/11) Post 116 ... rumah Pakcik Husin .. saudara mara terus berkunjung bila mengetahui kami berada disana .... Kepala Dinas kita ni betul2 mengurusnya dengan cekap... program kami diatur kemas dan padat ... dan dipantaunya dari masa kesemasa

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 117 .... di rumah Pakcik Husin, cuba mengeksess kepada facebook, nak lihat update dari rakan2 Facebook Kutacane .... tapi tak boleh, kena blocked ... tak tau pasai apa.... kesian Pak Njang tak dapat contack rakan2 Facebook Kutacane

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 118 ... dirumah Pakcik Husin ..... ahli2 kelurganya sebelah Tok Wa Daud, suaminya Tok Wa Nab .... detailnya akan diberikan kemudian
Habsah Othman Ini SALAMAH (atau panggilan biasa CIHO). adik Wa Daud yang bongsu, dan suamnyai . Wa Daud no.2, dia no.4. Anak nya Mohd Yuisof dan isteri serta 3 anak. Salamah ni adalah guru pencen.
Day 5, Rabu (27/7/11) Post 119 .... di rumah Pak Cik Husin ... Mak Ndak sedang tolong Pak Njang to upload some info onto our Family tree at geni.com .... tapi internetnya agak slow sikit


Day 5, Rabu (27/7/11) Post 120 ... di rumah Pak Cik Husin .... lagi ahli keluarga Tok Wa Daud ... Wa Daud tu dulu seorang Penghulu di Biak Moli, orang yg sangat dihormati dan disegani ... juga berharta .... ramai juga anak cucunya yg berjaya
Habsah Othman Anak Tok Wa Daud yg ke 2, namanya SAMIN... ada BA...Guru Sekolah. Anak2nya semua berjaya. Yang sulung cikgu, di Banda Aceh, meninggal masa Tsunami, hanyut bersama anaknya. yang lain2 ada yang Mechanical Engineer, Civil Engineer, Doktor , Jururawat dan lain2..Yg Mechanical Engineer tu tinggal di Biak Moli sebelah rumah Ralidin (dikanannya) , dikirinya rumah lama Wa Nab/Wa Daud.

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 121 ... dirumah PakCik Husin .... lagi keluarga To Wa Daud ... detailnya akan diberitahu kemudian
Habsah Othman Yang baju putih tu namanya Mohd Yusof, macam orang warak je. anak dia kembar .. tu yang perempuan baju putih tu... isteri dia baju merah,mengandung,, katanya baby dalam kandungan tu kembar juga.
Saad Othman Mereka datang ke rumah pakCik Husin utk bertrmu kami, utk berikan maklumat keluarga mereka dan ambil foto sekali ... terima kasih

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 122 ... dirumah PakCik Husin .... ramai lagi saudara mara yg berkunjung berjumpa kami .... berjumpa Mak Ndak utk daftarkan ahli keluarga mereka dan berjumpa Mak Njang unutk diambil fotonya .....
Habsah Othman betul tu..perkhabaran bahawa kami datang mengambil rekod keluarga dan merakamkan foto tersebar luas di kalangan mereka. Jadi kalau kita lambat ambil maklumat, depa yg akan remind... 'udah mau di catat keluarga saya? ' .....dan ' nanti jangan di lupa kita foto-foto ya.'... semangat betul depa..
Saad Othman Dari apa yg kita lihat ... boleh di kira ... Pak Husin telah membuat promosi yg sangat berkesan... syabas

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 123 ... dirumah Pakcik Husin .... kami dikunjungi oleh Pak Halimin, Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi, Universiti Gulung Leuser dan isterinya Ibu Wiwin ... Ibu Wiwin juga dari keturunan orang2 besar AGARA, yg terlibat dalam pembentukan AGARA ... baru bulan lepas di dijemput menerima Anugerah dari Bupati, mewakili bapanya ..... tahniah Wiwin
Day 5, Rabu (27/7/11) Post 124 ... rumah Pak Cik Husin ... kemudian kami dikunjungi pula oleh Indra dari Universiti Gulung Leuser dan rakannya Daniel ... mereka mengajak Pak Njang untuk minum kopi aren (ngopi) di Lawe Sikap .... kopi aren tu adalah kopi alas yg menggunakan gula dari nira pokok aren .. pokok aren tu di Malaysia kita panggil pokok enau .... memang sedap
Day 5, Rabu (27/7/11) Post 125 ..... dalam perjalanan ke tempat ngopi aren, kami singgah di Makam malik Ibrahim, juga digelar "Datuk Khadje Dewe" .... maksudnya Datuk Raja Dewa .... sebab orang Alas ada loghatnya yg tersendiri.... "R" menjadi "Ghe" macam orang Kedah cakap .... so "orang" jadi "oghang", kadang2 jadi "ukhang" .... bunyi "a" di akhir perkataan ditekankan melebihi biasa .... jadi "cinta" menjadi "cinte" ....
Day 5, Rabu (27/7/11) Post 126... Makam Datuk Khaje Dewe ... almarhom adalah seorang ulamak dan juga pengasas kampong Alas .... Alas dulunya sebuah kali ( tasik yg besar), kemudian dari kesan gempa bumi beberapa ratus tahun yg lalu, airnya mengalir keluar, tinggallah dasarnya menjadi sebuah lembah ... yang di panggil Lembah Alas sekarang ... orang Alas memanggilnya Tanoh Alas ( loghat mereka)

Day 5, Rabu (27/7/11) Post 127 .... Roji, anak PakCik Husin berdiri disebelah sebuah kuburan lama, berhampiran makam datuk Khaje Dewe ..... pada waktu sekarang semua makam2 tu terlihat berada di atas bukit di Lereng Gunung Leuser .... lojiknya ialah semasa Alas adalah sebuah kali, makam2 ini sebenarnya berada di pinggir kali ...tapi bila airnya sudah tiada, dan bertukar menjadi lembah ..... makam ni seolah2 berada diatas bukit

No comments:

Post a Comment